Sabtu, Disember 22, 2012


Haish!!! Kenapa la degil sangat diorang ni. Nak jugak buat cerita yang bukan - bukan. Masih nak jugak dia jadi benda yang dia tak nak.

Berapa kali nak ulang. Si Mahfuz Bean ni tak nak jadi MB Kedah. Dia tau, jawatan tu hanya akan membebankan dia je. Bukannya ada faedah pun.

Status Si Mahfuz Bean tu hanya sama taraf dengan seorang Perdana Menteri je. Mana dia nak jadi menteri Besar ni. Buat pening kepala.

Walaupun Si Mahfuz Bean ni tak lulus SRP, tapi nafsu dia yang GILA KUASA tu memang luar biasa. Tak tercapai dek akal kita yang biasa ni.

Lagi pun, kalau setakat jadi Menteri Besar Kedah tu, apa yang dia dapat? Nak tebang balak? Sekarang pun dah jadi kes besar dan tak dapat nak disembunyikan lagi.

Jadi, untuk apa Si Mahfuz Bean ni nak menempah maut? Baik dia duduk goyang kaki je jadi Ahli Parlimen. Nak bertanding kat DUN, belum tentu dia boleh menang. 

Maklum la, orang tak reti buat kerja. Tapi, nak buat macam mana ye tak. Kalau dah tinggi sangat, angan - angan macam Mat Jenin tu memang payah. 

Dengan kelulusan seperti Si Mahfuz Bean ni, jangan kata nak jadi Menteri Besar. Nak jadi pemimpin pun dia tak layak sebenarnya. Kalau suruh dia jadi tukang angkat beg kat lapangan terbang dan menipu rakyat tu, boleh la!!!
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kuasa di negeri itu.

Cadangan tersebut dipercayai bagi menyelesaikan kemelut dalaman membabitkan Azizan dan beberapa orang pemimpin kanan PAS negeri yang sebelum ini menunjukkan sikap kontradiksi dalam isu pentadbiran Kedah.

"Pencalonan Mahfuz untuk jawatan Menteri Besar Kedah juga bagi menyelesaikan kemelut dalaman membabitkan Azizan dan pemimpin kanan PAS di negeri seperti Datuk Phahrolrazi Nawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh," memetik sumber laman blog Suara Pakatan Rakyat.

Phahrolrazi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menolak pelantikan semula sebagai Exco kerajaan negeri kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Azizan.

"Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," kata beliau yang kemudiannya terpaksa akur dengan arahan pimpinan PAS Pusat tetapi meletakkan syarat-syarat tertentu.

Azizan yang menggalas tugas sebagai Menteri Besar Kedah dilihat lemah dalam urusan pentadbiran sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat di negeri itu selain sering dilanda pelbagai masalah kesihatan atas faktor umur.

Sumber blog tersebut antara lain turut mendakwa keputusan mencalonkan Mahfuz sebagai MB Kedah untuk "menyelamatkan" beliau daripada tewas di kawasan parlimen Pokok Sena.

"Umno merancang untuk meletakkan seorang pemimpin tempatan yang juga orang kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding," kata blog itu lagi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping