Sabtu, Disember 22, 2012


Berita mengenai seorang gadis mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu yang tersiar di sebuah akhbar tabloid minggu lalu menimbulkan kemarahan umum. 

Lantaran perbuatan terkutuk itu secara tidak langsung merosakkan imej persatuan juga para pengarah tanah air yang lain - kerana nila setitik, rosak susu sebelaga.

Atas dasar tanggunggjawab dan mahu membersihkan imej yang telah tercalar, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) semalam mengadakan satu sidang media khas bagi membersikan semula nama persatuan. 

Naib Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Abdul Rahim Awang berkata kes seperti itu terjadi kerana kenaifan mangsa itu sendiri tentang undang-undang.

Jelasnya, individu yang ingin menjalani uji bakat sebagai pelakon dinasihatkan agar meminta kad keahlian daripada pihak berkenaan yang dikeluarkan oleh persatuan seni di negara ini bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

"Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan semua bakat baru terutamanya wanita hendaklah berhati-hati dan perlu meminta kad ahli daripada mereka yang mendakwa sebagai pengarah filem atau drama untuk pengesahan supaya tidak berlaku ada pihak yang menyamar.

"Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi pejabat FDAM atau mana-mana persatuan seni lain yang diiktiraf sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya.

Dalam kes berasingan, laporan akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang melaporkan mengenai seorang wanita berusia 21 tahun telah dicabul individu yang mendakwa sebagai pengarah ketika menjalani uji bakat. Suspek telah pun ditangkap.

Beliau juga memaklumkan yang, kedua-dua lelaki terbabit bukanlah ahli mana-mana persatuan seni di negara ini.

Sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu turut dihadiri Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan Presiden, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor.

Dalam pada itu ditanya apakah tindakan yang akan diambil FDAM terhadap pengarah yang mencabul lima gadis berkenaan, Abdul Rahim menjawab, 

"Kes ini masih dalam siasatan dan saya tak boleh komen banyak. FDAM kena tunggu keputusan polis. Apabila individu itu di dakwa dan sabit kesalahan, barulah kami boleh ambil tindakan. 

"Kalau dia ahli FDAM atau mana-mana ahli persatuan lain seperti Seniman atau telah mendaftar dengan Professional Fim Workers Association of Malaysia (Profima), kita akan gantung keahliannya seumur hidup. 

Beerti dia tidak boleh lagi bergiat aktif dalam industri. Sesiapa yang ada rekod jenayah, kita memang tidak akan benarkan dia bergiat aktif", tegasnya. 


Ps: Ini kes sebelum Si Ketua Penipu tu jadi PM. KALAU dia jadi PM nanti, rasanya lagi banyak kes macam ni yang akan timbul.

Maklum la. Si Ketua Penipu tu pun perangai lebih kurang jugak. Semua staf kena 'test' dulu. Siap ada 'password' bagai. Kalau gagal, dah tentu kena 'reject'. Yang penting, depan belakang dia boleh 'Balun'!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping