Selasa, Disember 11, 2012


Mintak maaf la ye Ostazah. Ayat tu bukan keluar dari mulut Semut. Tapi dari mulut penyokong - penyokong PAS sendiri. Diorang pun dah muak dengan Si Ostazah Pening ni.

Pada mulanya, kemasukan Si Ostazah Pening tu dalam PAS memang la dialu - alukan. Tapi lama kelamaan, dah naik menyampah pulak.

Apa yang Si Ostazah Pening tu buat ternyata memalukan ahli - ahli PAS yang lain. Kata diorang, tindakan Si Ostazah Pening tu memburukkan nama baik PAS sendiri.
"Macam mana orang nak terima perjuangan PAS jika apa yang diucapkan oleh Si Minah Pening tu semuanya tak masuk akal?"
"Setakat dia muncul dipentas - pentas ceramah untuk 'berkongsi' kisah sedih dia dengan kehidupan dia yang lalu membuatkan orang naik menyampah"
"Sekarang dia dah pandai pulak nak keluarkan fatwa dan menjadikan PAS sebagai sasaran pihak musuh. Tak ke itu satu perkara yang memalukan?"
"Mungkin dia tak sedar. Gelaran Ustazah yang dilemparkan kepada dia tu sebenarnya hanya satu sindiran supaya dia sedar diri. Tapi, dia naik syok pulak."
"Ustazah apa kalau setakat baru dua tiga hari masuk parti lepas tu nak tunjuk macam dia bagus sangat dari orang lain?"
Hakikatnya, apa yang dibuat oleh Si Ostazah Pening ni sebenarnya membawa lebih banyak keburukkan kepada PAS. Disebabkan itu la ahli - ahli PAS sendiri mula muak dengan dia.

Tambah memalukan apabila ada dikalangan penyokong - penyokong atas pagar pun mula menggelengkan kepala membawa kritikan yang SI Ostazah Pening ni buat.

Nak pulak dalam isu yang mengaitkan selebriti seperti Afdlin Shauki, Bront dan Zain pergi ke Gaza untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Mereka melihat Si Ostazah Pening tu seolah - olah memperkecilkan usaha tersebut sedangkan dia sendiri tak buat apa - apa.
"Perkara itu menjauhkan penyokong - penyokong atas pagar dan melihat PAS tidak ikhlas dalam memperjuangkan isu Palestine."
Nah!!! Jelas bahawa Si Ostazah Pening tu sebenarnya hanya memalukan ahli - ahli PAS. Jadi, jangan la dia terlalu taksub sangat dengan gelaran Ostazah yang diberikan. Sebenarnya, diorang nak sindir. Tapi itu pun dia tak paham jugak!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Kasihan jugak aku tengok perkembangan Arbakyah ni.

    Memang kontroversi yang diciptanya tak membantu menaikkan imej PAS, terutama dalam kalangan atas pagar dan non partism..

    Aku rasa PAS perlu nasihatkan Arbakyah agar tidak mencoretkan hal-hal yang boleh memalukan parti.

    BalasPadam
  2. Abby ni penyokong tegar pas pok nik. Yg dah muak dengan abby to penyokong2 pas ori yg sama aliran macam hassan ali, nasha, zul kulim dan majority ahli pas ori yg lain. Saya syorkan penyokong pas ori ni bersama umno untuk kuat Islam di Malaysia.

    BalasPadam
  3. Siapa yang cakap semua ni? Bagilah identiti mcm ni nanti org tak percaya dengan blogger kerajaan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping