Jumaat, Disember 14, 2012


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tingging disini meminta peguam yang mewakili Nurul Izzah dalam kes saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd supaya menghalusi fakta sama ada artikel yang disiarkan benar - benar memfitnah Naib Presiden PKR itu.

Saman tersebut berhubung empat artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan antara 5 hingga 7 November lalu di akhbar Utusan Malaysia yang didakwa oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai memfitnah beliau.

Pada prosiding pengurusan kes saman itu semalam, Hakim V.T. Singham memberi ingatan, bagi kes membabitkan saman fitnah, isunya amat jelas dan antara elemen yang perlu dipenuhi adalah, sama ada kenyataan disiarkan merujuk kepada plaintif dan memfitnahnya.

Perkara tersebut, menurut Hakim Singham, perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi menjamin perbicaraan berjalan lancar.

Terdahulu, peguam Nur Atasha Syakina Juhaidi Yean yang mewakili Utusan Melayu memaklumkan Hakim Singham, anak guamnya itu masih belum memasukkan pernyataan pembelaan.

Pihak defendan, menurut Nur Atasha, akan berbuat demikian pada atau sebelum 20 Disember ini.

Hakim Singham sehubungan itu mengarahkan peguam Azhana Mohd. Khairuddin yang mewakili Nurul Izzah selaku plaintif memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut pada atau sebelum 31 Disember.

Mahkamah menetapkan 18 Februari tahun depan bagi pengurusan kes saman itu untuk memastikan semua arahan dipatuhi sebelum perbicaraan ditentukan kelak.

Utusan Melayu akan diwakili oleh peguam Datuk Firoz Hussien Ahmad Jamaluddin sementara peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan Mohamad Hanipa Maidin mewakili plaintif. - UTUSAN

Ps: Buat apa la mahkamah nak suruh dia semak balik saman yang dibuat dek Nurul Izzah ni? Biar lantak ke dia la nak saman.

Dah memang terang - terang artikel yang ditulis dalam Utusan Malaysia tu dipetik dari laman portal Malaysiakini. Bukannya diorang buat sendiri.

Soalnya sekarang, kenapa Si Nurul Izzah tu tak nak saman Malaysiakini? Kenapa dia saman Utusan je? Kan nampak sangat dah tak betulnya tu.

Mungkin Hakim tu tahu yang Si Nurul Izzah ni dah salah langkah. Sebab itulah dia bagi nasihat suruh Si Nurul Izzah tu kaji semula saman tersebut.

Bukan apa. Takut nanti, Si Nurul Izzah tu jugak yang terbeliak bijik mata. Bila dia kalah nanti, jangan pulak dia nak salahkan pihak mahkamah!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la ye!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. anak siapa...??? faham2 sudah.

    mohon tuan pautkan blog saya www.spermakini.blogspot.com ke blog tuan.
    tkasih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping