GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mendesak perwakilan parti DAP mengangkat kewibawaan dua pemimpin veteran Melayu DAP, Ahmad Ton dan Zulkifli Mohd Noor dan dilantik sekurang-kurangnya bagi jawatan naib pengerusi sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hujung minggu ini.
Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, kedua-dua pemimpin itu perlu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi kerana telah berjuang bersama DAP lebih dari 25 tahun serta sudah banyak berjasa kepada parti itu.
"Kedua-dua pemimpin itu wajib diberikan penghargaan dalam meneruskan tanggungjawab mereka terhadap anak bangsa mereka sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, KMPP juga mendesak agar DAP melantik sekurangnya-kurangnya lima calon Melayu dalam jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) parti itu sempena pemilihan parti berkenaan.
Katanya, tindakan menempatkan calon Melayu dalam CEC akan menentukan sejauh mana keikhlasan parti itu dalam mendapatkan sokongan orang Melayu dan menterjemahkan istilah parti berbilang kaum.
"Kami yakin jika lima calon Melayu dilantik menerusi pemilihan perwakilan daripada 30 jawatan (secara total) di peringkat kebangsaan, maka ianya bakal membuka satu lembaran baharu di atas anjakan politik ke arah memartabatkan kedudukan orang Melayu menerusi parti DAP," katanya.
Beliau berkata, isu calon Melayu dalam DAP adalah isu yang penting terutamanya di Pulau Pinang dan DAP seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu kedudukan pemimpin Melayu di dalam parti sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Rahmad berkata, peranan pemimpin Melayu di dalam parti itu seharusnya diangkat seiring dengan pemimpin kaum lain dan bukan hanya dijadikan sebagai hiasan atau boneka di dalam parti semata-mata.
Ps: Apa gunanya kalau diorang angkat dua orang Melayu dalam parti tu sekali pun? Bukannya diorang boleh buat apa - apa.
Nanti esok, jadi la macam Tunku Aziz. Setakat jadi boneka je. Bila dia kritik sikit, terus kena tendang. Benda macam tu ke yang diorang nak bangga?
Kalau setakat nak jadikan bangsa Melayu mudah ditendang terajang macam tu, baik tak payah!!! Buat malu maruah bangsa je. Dah la tak mendatangkan faedah, mengabihkan masa pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.