Ahad, Disember 23, 2012


Si Tanggang moden! Sudahlah bertindak mencuri barang kemas milik ibunya, tidak cukup dengan itu, seorang anak tergamak mengugut akan membelasah mangsa apabila perbuatannya itu diketahui dalam satu kejadian di kediaman mereka di Kampung Jati, Gong Badak di sini, Ahad lalu.



Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, suspek, 32, bertindak mencuri seutas gelang tangan dan cincin emas berlian milik ibunya, 61, apabila bengang permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan.



Menurut sumber, kedegilan mangsa yang enggan memberikan wang seperti diminta menyebabkan suspek naik angin sebelum mengambil sebentuk cincin emas berlian dan seutas gelang tangan emas berlian milik mangsa.



“Suspek menyorokkan barang kemas itu di dalam almari selain mengugut mahu membelasah mangsa apabila perbuatannya itu disedari,” katanya.



Katanya, bimbang perkara tidak diingini mungkin akan berlaku, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, beberapa jam selepas kejadian itu.



Susulan laporan diterima, sepasukan polis berjaya menahan suspek di depan rumah mereka dan hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri barang kemas milik ibunya.



Sumber berkata, suspek mendakwa barang kemas berkenaan disimpan di dalam peti di bilik tidur mangsa dan pemeriksaan lanjut berjaya menemui barang kemas berkenaan dengan gelang tangan emas sudah dipotong.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisionar Zamri Shamsudin mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.


Ps: Teringat pulak kisah Si Assmin tu yek. Dia pun lebih kurang je perangai macam ni. Dia pun digelarkan sebagai Tanggang Moden jugak.

Takat cakap je nak jaga Kebajikan Rakyat. Tapi, Kebajikan Ibu sendiri pun dia pinggirkan. Macam mana dia nak jadi pemimpin kalau macam tu.

Setakat cakap kosong je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Orang macam tu tak layak lansung nak jadi pemimpin. Apatah lagi nak dihormati oleh orang lain!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping