Jumaat, Disember 14, 2012


Haduh!!! Susah betul cakap dengan orang macam ni. Kenapa la diorang ni degil sangat? Masih jugak nak mempersoalkan benda - benda macam ni.

Macam la diorang baru kenal sehari dua puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Sejak diorang lahir lagi, memang dah tak de benda lain yang diorang buat.

Asyik menipu tu je la kerja diorang pun. Angka sebenar, 300 orang je. Tapi digembur - gembur dengan fitnah, maka jadi la angka tu sampai 300ribu.

Diorang tambah je perkataan 'Ribu' kat belakang tu. Kalau sebut 300 je, mana ada impak. Sebut 300 RIBU, baru la Gempak. Kalau nak menipu pun, jangan menipu sikit - sikit. Tak berbaloi beb!!!
SHAH ALAM: Timbalan Presiden MIC, V. Mugilan menyifatkan dakwaan pembangkang menyatakan bahawa 300,000 masyarakat India di negara Malaysia masih belum disahkan status kewarganegaraan sebagai mustahil.
 
Justeru beliau menganggap kenyataan Naib Presiden PKR N. Surendren semalam bertujuan untuk memancing undi kaum itu.
 
"Saya rasa 300 ribu amat mustahil. Kalau betul, saya cadangkan Surendren kumpulkan semua orang India yang didakwa tiada dokumen pengenalan diri atau bukan warganegara untuk didaftarkan. MIC sanggup bantu sebab isu ini serius.
 
"Orang ramai juga diharap jangan percaya kata-kata dusta PKR yang hanya ingin memancing undi," kata beliau kepada Antarapos.
 
Menurut beliau, kerajaan pusat telah memberi peluang kepada rakyat India yang masih belum disahkan status kewarganegaraan untuk membuat permohonan, namun setakat ini hanya 9,000 sahaja yang tampil.
 
Malah Mugilan berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengabaikan mana-mana rakyat Malaysia khususnya masyarakat India.
 
Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengesahkan telah menerima 308 permohonan kad pengenalan biru individu berbangsa India di Putrajaya semalam.
 
Pegawai Perhubungan Awam agensi itu, Jainisa Mohd Noor memberitahu permohonan tersebut akan diproses dan sebarang keputusan akan diketahui apabila dokumen-dokumen itu selesai disemak. 
 
Beliau turut menegaskan bahawa sebarang maklumat yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai jumlah masyarakat India yang masih belum mendapat status kewarganegaraan adalah tepat.
 
"Kalau orang yang lebih tinggi dah cakap, kalau itu yang dia katakan (Hishammuddin) itulah bendanya. Tapi setakat semalam mereka ada kemukakan permohonan jadi kami tengah semak permohonan itu.
 
"Semalam permohonan itu kita dah terima jadi kita akan semak dari segi kelayakan untuk diproses dan apa juga keputusannya kita akan maklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping