Heran jugak kan dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang sekarang ni dok sibuk nak cerita pasal 300 orang India yang tak daftar sebagai warganegara tu.
Tapi, dalam masa yang sama, diorang abaikan terus isu yang berkaitan dengan kuil Hindu yang dirobohkan oleh Rejim Pakatan Selangor.
Bila ditanya mengenai perkara tersebut, diorang salahkan pulak orang yang buat kuil tu dalam kawasan premis. Habis, apa tindakan yang diorang ambik?
Kenapa diorang tak bantu bina kuil lain sedangkan diorang sendiri tau yang masyarakat disitu memerlukan sebuah kuil? Kata nak sangat jaga Kebajikan Rakyat.
Sepatutnya, diorang perlu tahu apa masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat dikawasan tersebut sebelum mengambil apa - apa tindakan.
Ini tidak. Dibantainya nak roboh terus. Macam mana orang tak bising. Lepas tu, diorang salahkan pulak orang bina kuil dalam kawasan premis perumahan.
Orang tu buat kuil dalam kawasan rumah dia sebab tak de disediakan bantuan untuk membina kuil baru. Takkan la itu pun diorang tak faham jugak kot.
Benda itu pun nak kena orang lain ajar baru diorang nak tau ke? Apa bongok sangat diorang ni? Pun masih ada hati nak mendabik dada kata diorang banyak bantu rakyat. Haduhai!!!
Mungkin isu yang berkaitan dengan kuil Hindu ni tak memberi sebarang keuntungan Politik kepada diorang kot. Itu pasal la diorang abaikan terus isu tu.
Lain pulak dengan isu pasal pendafataran warganegara tu. Isu tu bakal memberikan diorang kelebihan dari segi bilangan pengundi.
Bila isu pasal kewarganegaraan tu mendapat perhatian, dah tentu tindakan segera akan diambil dan kemudian diorang boleh la daftarkan sebagai pengundi.
Kan ada 'Political Interest' kat situ? Diorang ingat orang lain tak tau tak tik diorang gamaknya. Kalau dah Kepala tu asyik nak menipu je kerjanya, mana ada diorang nak pikir benda lain. Asyik Menipu je la kerja diorang pun!!!
KAJANG: Bekas ahli DAP Tan Tuan Tat hari ini mendakwa sebuah kuil Hindu yang berusia hampir 150 tahun bakal menjadi sasaran terbaru kerajaan Selangor untuk dirobohkan.Katanya, kuil yang terletak di Ladang Teluk Merbau, Sepang tersebut dibina pada zaman kolonial British itu kini berhadapan dengan masalah yang sama seperti yang terjadi di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.Tan berkata, pihak jawatankuasa kuil tersebut juga sudah beberapa kali menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Selangor sejak setahun lalu namun belum ada respon positif mengenai isu itu."Kuil tersebut berada dalam kawasan tanah milik syarikat Hap Seng. Mereka sudah tulis surat beberapa kali kepada MB, Xavier dan Teresa. Saya yang bantu mereka tulis."Ada tak mereka betul-betul bantu dapatkan tanah itu? Tujuan mereka untuk tanaha dua ekar milik kerajaan negeri yang terletak bersebelahan dengan kuil dengan pihak Hap Seng," kata Tan pada sidang medianya disini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.