Kalau sebelum ini, Si Ostazah Pening tu kuat sangat merentus bila orang lain semua menderu - deru pergi ke Gaza untuk hantar misi bantuan kemanusiaan.
Entah apa yang dia dengki sangat dengan misi bantuan tu, tak tau la pulak. Apa yang pasti, misi bantuan tu tercapai jugak objektif sehingga mendapat pengiktirafan.
Ada jugak yang dilantik menjadi Duta oleh Negara Palestine sendiri. Yang Si Ostazah Pening tu pulak, apa dia buat? Duduk rumah goyang kaki sambil buat fitnah tak tentu arah? Kalau setakat dilantik jadi Duta Fitnah, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
GAZA CITY - Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik oleh kerajaan Hamas sebagai 'duta kehormat' untuk Palestin.Abdul Azeez yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak Sabtu lalu, dilantik dalam satu upacara rasmi di Universiti Islam Gaza dan watikahpelantikan disampaikan Ketua Pengarah Kementerian Luar Hamas, Mahmoud El-Hadour, semalam.Pelantikan itu dimaklumkan sendiri kepada Abdul Azeez oleh Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyeh berikutan persetujuan sebulat suara jemaah kabinet Hamas yang bermesyuarat selepas kunjungan hormat Abdul Azeez dan 58 anggota sukarelawan ke atas Ismail kelmarin."Saya bersyukur, ini semua kerana mereka menyanjung tinggi kepimpinan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan nama Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka sekian lama tidak lekang di bibir mereka, dan juga Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai perdana menteri terdahulu," katanya kepada pemberita.Antara skop tugasan beliau sebagai duta kehormat seperti tertulis di watikah pelantikan itu ialah menyampai dan memperjuang nasib rakyat Palestin melalui program-program yang sesuai.Menurut Abdul Azeez, berita baik itu telah disampaikan kepada Najib yang mengucapkan tahniah atas pengiktirafan itu."Insya-ALLAH bantuan susulan akan kami laksanakan dalam masa terdekat. Saya akan balik dan bertemu perdana menteri serta Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman) untuk minta pandangan dan nasihat bagaimana tindakan susulan boleh kita lakukan," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.