Demikian kata beberapa orang penyokong - penyokong PAS yang selama ini tegar mempertahankan perjuangan Hukum Hudud parti itu.
Mereka ternyata terkilan dengan tindakan pihak Rejim PAS Kelantan yang dilihat tunduk dan patuh dengan desakan orang luar termasuk MCA serta Gerakan.
Isu berkaitan dengan salon gunting rambut Unisex sebelum ini telah dibangkitkan oleh puak - puak DAPigs pimpinan Si Karpal Whilchar mengkritik tindakan Rejim PAS.
Ekoran daripada desakan serta kritikan tersebut, Rejim PAS Kelantan ketika ini telah pun mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan penguatkuasaan lesen.
Kata seorang penyokong PAS, tindakan tersebut dilihat seolah - olah sengaja memberi bola tanggung kepada pihak lawan untuk terus menjadikannya satu isu besar.
"Apa yang mereka (PAS Kelantan) buat ibarat satu kesalahan pulak sedangkan selama hari ini kita beria - ia mempertahankan perlaksanaan Hukum Hudud."
"Bila kita tanya kenapa bukan Islam terkecuali dari hukum tersebut, tidak ada sebarang penjelasan yang diberikan. Hanya disuruh menurut perintah sahaja."
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang yang jugak merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat turut menjelaskan bahawa pengikut - pengikut PAS ni semuanya 'Wala'.
Apa sahaja keputusan dan ketetapan parti perlu diikut serta dipatuhi tanpa sebarang soal. Jadi, jangan harap la suara - suara ahli ni akan didengar oleh pemimpin atasan.
Jelas, impak terhadap tindakan PAS Kelantan itu memberikan respon yang kurang selesa dikalangan ahli - ahli serta penyokong - penyokong mereka sendiri.
Macam mana diorang nak tarik undi dari golongan atas pagar kalau penyokong - penyokong mereka pun dah mula rasa kecewa dengan apa yang diorang buat?
Nampak gayanya, cita - cita PAS untuk merampas Putrajaya hanya satu angan - angan kosong yang tak memberi sebarang erti. Diorang hanya bermimpi disiang hari. Itu pun diorang masih lagi tak sedar diri? Kesian!!!
KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut."Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cinanegeri ini minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebutdi Kota Darulnaim di sini, Rabu.
Apa lg undi protes la penyokong PAS kali ni. Apa ni xde pendirian langsung. Aku pun x setuju PAS tangguhkan walaupun aku bukan penyokong PAS.
BalasPadam