Sabtu, Disember 15, 2012


Lupakan kisah Julia Perez yang mungkin dikenakan tindakan kerana bekerja di Malaysia tanpa permit yang sah, kerana semalam penyanyi dangdut dan juga pelakon itu telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan di Indonesia kerana didapati bersalah menyerang aktres seksi Dewi Persik.

Laman sesawang Mahkamah Agung Indonesia mengumumkan semalam perihal kes tersebut, bahawa: Mahkamah menolak rayuan defendan, dan meluluskan rayuan pendakwa.

Kedua aktres itu yang terkenal dengan imej yang provokatif, terlibat dalam satu pergaduhan semasa menjalani penggambaran filem seram “Arwah Goyang Kerawang” pada awal tahun 2011.

Keduanya dikatakan bertampar dan bercakaran sesama sendiri sehingga terpaksa dileraikan oleh krew penggambaran.

Dewi melaporkan Julia kepada polis kerana menyerangnya, namun keduanya dibicarakan di mahkamah berhubung insiden tersebut. 

Dewi dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dan empat bulan percubaan Mac lepas sebagai hasilnya.

Julia dan Dewi kemudiannya memfailkan rayuan kes tesebut ke Mahkamah Tinggi Jakarta yang mengekalkan hukuman kepada Dewi Persik.

Keduanya kemudian meneruskan pemfailan kepada Mahkamah Agung Jakarta, yang seterusnya menerima rayuan Dewi Persik dan menolak rayuan Julia Perez.

Dewi Persik enggan mengulas mengenai keputusan tersebut manakala Julia pula memohon peminat agar berdoa untuknya di Twitter.


Ps: Dah la datang tak dijemput, pandai - pandai pulak nak kritik pasal orang lain. Rupanya, Minah suka tayang 'Body' ni memang jenis macam tu.

Suka sangat dia cari pasal tak tentu arah. Dan perkara ni pun bukannya isu baru. Jadi, memang patut sangat la dia dikenakan tindakan sebab tak reti nak hormat pada orang lain. Baru la Padan Muka Dia!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping