SHAH ALAM: Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini mendakwa bekas ahli DAP Tan Tuan Tat dibayar oleh pihak tertentu untuk mensabotaj pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bahawa kerajaan negeri akan merobohkan sebuah lagi kuil dalam masa terdekat ini.
Xavier juga turut menyifatkan kenyataan Tan itu sebagai berniat jahat.
"Ini pemikiran jahat dari seseorang, yang saya ingat dibayar oleh mana-mana pihak untuk membawa berita palsu seperti ini," kata Xavier kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tan yang mendakwa sebuah kuil Hindu berusia hampir 150 tahun akan menjadi sasaran terbaru kerajaan Selangor untuk dirobohkan.
Dalam sidang media yang diadakan di Kajang itu, Tan berkata kuil yang terletak di Ladang Teluk Merbau, Sepang tersebut dibina pada zaman kolonial British itu kini berhadapan dengan masalah yang sama seperti yang terjadi di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.
Menurutnya lagi, pihak jawatankuasa kuil tersebut juga sudah beberapa kali menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Selangor sejak setahun lalu namun belum ada respon positif mengenai isu itu.
Bagaimanapun, mengulas lanjut perkara tersebut Xavier berkata, kerajaan negeri tidak bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu itu kerana mendakwa ia bukan urusan kerajaan.
Xavier yang juga ADUN Seri Andalas itu berkata tanah tersebut adalah milik syarikat swasta justeru kerajaan tidak boleh mencampuri urus tadbir tanah terbabit.
Sehubungan itu, Xavier menasihatkan penganut agama Hindu yang menggunakan kuil tersebut untuk beribadat supaya mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah tersebut.
"Kenapa perlu campur tangan dalam kerajaan, itu tanah swasta. Pemilik tanah itu perlu selesaikan masalah itu. Kenapa datang kepada kerajaan. Kerajaan tiada kena mengena dalam isu ini.
"Ini bukan tanggungjawab kerajaan. Ini tanggungjawab pemilik tanah itu. Dia perlu ambil tindakan yang sewajarnya sebab dia pemilik anah itu, bukan kita," katanya.
Ps: Itu je ke yang mampu Si Xavier ni buat terhadap pendedahan yang dibuat oleh Tan Tuan Tat tu? Setakat mendakwa dia dapat imbuhan?
Kalau berani, saman la Tan Tuan Tat tu dimahkamah. Apa pasal pulak dia setakat nak dakwa kosong je. Apa barang kalau setakat dakwa kosong. Tak mendatangkan untung lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.