ISTILAH anak ikan begitu sinonim dengan dunia hiburan tanah air. Ia merujuk kepada ‘toy boy’ atau remaja lelaki simpanan seseorang artis tidak kira lelaki atau perempuan.
Perkara ini sememangnya berlaku sejak dulu lagi kerana ada segelintir artis menjadikan perkara ini sebagai amalan sulit.
Tidak terkecuali, suatu ketika hubungan intim antara pelakon jelita Rozita Che Wan dan Zain Saidin pernah menjadi buah mulut masyarakat sehingga dilabelkan dengan gelaran yang sama.
Biarpun pahit, kedua-duanya cuba menelan tuduhan dan sesekali tertawa dengan tohmahan nakal seperti itu.
Sudah prinsip orang yang kreatif, istilah ini akhirnya mencetuskan idea buat pengarah popular Rashid Sibir bagi menterjemahkannya ke dalam drama komedi.
Menerusi skrip tulisannya, Rashid menghasilkan drama Anak Ikan yang menggandingkan Rozita dan Zain sendiri.
Drama terbitan syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd ini akan ditayangkan kepada penonton menerusi saluran Astro Prima pada esok, 25 Disember, jam 2 petang. Sudah tentu, ramai yang berminat mengikuti apa kisah sebenarnya yang dipaparkan.
“Saya buat drama ini atas permintaan Astro. Sebenarnya saya sudah agak jarang buat drama komedi. Suatu hari saya berjumpa Zain dan Rozita dan berbual isu ini. Tanpa disangka mereka bersetuju dan saya terus ‘booking’ mereka berdua untuk berlakon.
“Sebenarnya skrip drama saya adalah rekaan semata-mata. Tiada juga unsur eksploitasi di sini. Saya wujudkan cerita ini kononnya mereka berlakon sebuah drama dan sanggup reka publisiti murahan bagi kepentingan masing-masing.
“Edora (Rozita) dikatakan membela anak ikan iaitu Kamal (Zain). Dalam pada itu, saya wujudkan juga watak wartawan Mami Zuwie (Dee) yang bekerja dengan sebuah portal hiburan online.
Pelbagai kisah membabitkan hubungan ini dan akhirnya tembelang mereka pecah. Di sinilah penonton akan tahu kisah sebenar,” katanya.
Menurutnya lagi, drama yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Avillion Hotel Group, Port Dickson, hanya berkisar kepada empat watak iaitu Edora, Kamal, Maria (Nora Danish) dan Syed (Shah Iskandar). Manakala watak Mami Zuwie hanyalah sekadar penyedap cerita.
“Jangan salah faham kerana watak ini memang tiada kaitan dengan mana-mana wartawan hiburan. Seperti yang saya katakan drama ini dihasilkan untuk tujuan komedi.
Kalau penonton ingat dulu saya pernah buat drama Pengantin Popular yang menggandingkan Erma Fatima dan Fauziah Datuk Ahmad Daud.
“Sebagai penggiat seni, kadang-kadang kita kena kreatif pancing isu hangat dalam industri tapi dihasilkan dalam bentuk jenaka.
“Satu perkara yang saya suka, walaupun Rozita dan Zain digosip dengan isu ini, mereka tetap ‘sporting’ berlakon. Masing-masing cukup profesional dan komited ketika berlakon. Di lokasi juga saya tak nampak mereka macam kawan rapat dan tak ada pun hubungan istimewa.
“Mengenai watak Syed pula, asalnya memang tak wujud dalam cerita ini. Namun saya nampak ada kewajaran ia ditampilkan untuk menguatkan plot,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.