PETALING JAYA: Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty mahu isu mengenai siapakah calon Perdana Menteri pertama Pakatan Rakyat diberi perhatian segera.
Menurutnya, perkara tersebut juga perlu dibahaskan agar isu tersebut tidak mempengaruhi pandangan dan keyakinan rakyat terhadap ketiga-tiga parti tersebut.
"Elok dibahaskan dan saya rasa wajar diberi perhatian segera kerana boleh mempengaruhi pandangan rakyat.
"Saya yakin perkara itu sudah ada dalam perhatian semua pihak termasuk pucuk pimpinan tertinggi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini yang dilihat cuba berdolak-dalih apabila ditanya adakah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Sikap 'lalang' PAS itu langsung berbeza dengan pendirian DAP yang berkali-kali menegaskan Anwar tetap akan menjadi Perdana Menteri jika gagasan itu berjaya membentuk kerajaan kelak.
Pendirian DAP itu bergema sekali lagi dalam Kongres DAP Kebangsaan kali ke-16 minggu lalu.
Sejurus selepas itu, Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang mengisytiharkan bahawa beliau sanggup menjadi 'alat' kepada DAP.
Terdahulu, dua pemimpin tertinggi PAS berdolak dalih dan enggan mengesahkan Anwar sebagai calon untuk jawatan nombor satu negara itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali masing-masing memberi jawapan samar bila ditanya perkara itu.
Mohamad Sabu berkata perkara itu hanya akan diputuskan sekiranya Pakatan Rakyat menang di Putrajaya pada PRU13. Manakala Mustafa pula berkata calon Perdana Menteri hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pada pilihan raya akan datang.
Manuty juga enggan mengulas adakah sikap berdolak dalih pemimpin PAS itu bertitik tolak daripada gesaan akar umbi PAS yang mahukan Presiden mereka, Datuk Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.

Ps: Belum apa - apa lagi, dah mula berkelahi nak tentukan siapa yang layak jadi Perdana menteri. Tu belum dapat kuasa lagi tu.
Tak heran la kenapa sampai hari ini diorang masih GAGAL nak dedahkan Kabinet Bayangan mereka.
Nak tentukan PM pun payah, inikan pulak nak suruh buat Kabinet Bayangan. Memang sah diorang tak mampu nak buat. Macam tu caranya nak tadbir Negara? Alamat jahanam la jawabnya!!!
PR bakal menghancurkan Tanah Melayu..
BalasPadamKO INGAT ANWAR, INI KANDANG BABI KER!, NAK JAGA 26 JUTA JIWA. PODAH!,
BalasPadamPakatan Rakyat Longkang.
BalasPadamPakatan Rakyat longkang.
BalasPadamPakatan Rakyat longkang.
BalasPadam