Rabu, Januari 09, 2013


Hanya itu sahaja alasan yang Si Ketua Penipu tu mampu keluarkan dalam mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor semalam? Nampak macam dia takut je.

Kenapa dia tak kata kenyataan Majlis Agama Islam Selangor tu hanya rekaan semata - mata? Kenapa dia tak kata yang Tuanku tidak bertitah sedemikian rupa kepada MAIS?

Ini lah sebenarnya sikap buruk puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang bukan sahaja nak menjejaskan kesucian Islam dalam Malaysia.

Malah, diorang juga sanggup menentang titah Sultan hanya semata - mata kerana mereka tamak dan gilakan kuasa untuk memerintah.

Jadi tak heran la kalau diorang dapat rampas Putrajaya nanti, sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia ni bakal dihapuskan. Sedangkan sekarang pun diorang dah berani cabar kuasa Sultan, inikan pulak kalau diorang dah memerintah kelak!!!
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Pendirian tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini.
 
Di dalam sidang media hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menempelak titah Sultan apabila menuduh Mais sebagai hanya cenderung
mengkritik Pakatan Rakyat dan bukannya pimpinan Umno.
 
“MAIS bergerak bebas..tiada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor. Bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili pandangan kerajaan negeri.
 
“Sebab itu larangan dan kritikan itu semua terhadap Pakatan..tidak pernah terhadap Umno. Termasuk pemimpin Umno dan keluarga yang mempunyai kepentingan menguasai syarikat arak pun tidak ditegur oleh Majlis Agama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.
 
Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah
diguna dalam injil berbahasa Melayu, kata Setiausaha Mais Datuk Mohd Misri Idris.
 
Datuk Mohd Misri berkata mesyuarat khas Sultan Selangor bersama beberapa orang ahli MAIS, Mufti Selangor serta pegawai tertinggi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu menetapkan bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.
 
"(Kalimah Allah) tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18
Februari 2010", kata Mohd Misri, menjelaskan ketetapan Sultan Selangor itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping