Rabu, Januari 09, 2013



Bermulanya tahun baru, pastinya kita mahu lebih sempurna. Memanglah manusia tidak akan pernah sempurna, namun seharusnya perubahan kita ke arah yang lebih baik.

SS sendiri menanam misi untuk terus sukses dalam kerjaya namun tidak juga mengabaikan keperibadian termasuklah pegangan agama serta kepatuhan kepada-Nya. 

Bukan menidakkan keteguhan iman seorang artis wanita ini, namun SS cukup tidak faham dengan konsepnya yang kononnya sudah bersedia menempuh penghijrahan dan sudahpun diketahui ramai.

SS terkejut dan kecewa dengan penampilannya yang sudah bertudung tetapi nampaknya tidak peka dan selamba tidak bertudung di khalayak ramai. 

Menurut teman SS yang menceritakan perkara itu, kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sewaktu dia sedang menikmati juadahnya, dia ternampak artis terbabit yang tidak lagi mengenakan tudung memasuki premis itu. Apa sudah jadi dengannya? 

Mana ‘terbang’ tudung yang selama ini menutupi auratnya itu? Kalau tidak silap, sejak berhijrah dulu, pernah juga dia kantoi membuka tudungnya.

Kata teman SS lagi, pada mulanya dia rancak berborak tanpa memandang sekelilingnya, namun apabila sudah perasan orang mengenali dirinya, dia pun mulalah berselindung di sebalik topinya. Macamlah orang tak akan perasaan. 

Kelihatannya, artis berkenaan baru balik dari gimnasium namun tidak kisahlah, tapi takkan tak sempat nak pakai tudung ataupun? Dah tahu hendak menghadap orang sekeliling, pandai-pandailah fikir! 

Apapun, buat panduan tidak kira siapapun, perkara membabitkan aurat ini bukannya benda main-main. Fikir-fikirkanlah.

Ps: Em... no komen. Korang fikir la sendiri...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping