Petualang yang menyebarkan Amanat Haji Hadi 32 tahun lalu perlu dicari kerana individu itubertanggungjawab mencetuskan kontroversi.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petualang dimaksudkan dipercayai bekas ahli Pas dan kini menganggotai Umno di Terengganu.
Beliau mendakwa, bekas ahli Pas itu dipercayai antara mereka yang hadir ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu, 7 April1 981.
Katanya, ramai pihak salah tafsir ucapan dan kenyataan Abdul Hadi itu, sedangkan ia hanyalah perkara biasa yang dilakukan ketika menyampaikan ucapan.
“Individu berkenaan seharusnya meneliti sepenuhnya sebelum dan selepas ucapan yang dibuat sebelum membuat kesimpulan,” katanya.
Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan Pas mengadakan muzakarah secara tertutup mengenai isu Amanat Haji Hadi.
Katanya, sepatutnya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat melalui siaran langsung di televisyen, seperti diminta Abdul Hadi.
“Cadangan (mengadakan muzakarah secara tertutup) itu bukanlah kaedah terbaik untuk mencari kebenaran. Perkara (berkaitan penjelasan) itu perlu dilakukan secara terbuka agar rakyat boleh menilai,” katanya. - SUMBER
Ps: Huh!!! Apa gunanya Si Nizar Lilin ni bercakap je tak tentu arah. Kalau dia kenal dengan 'Individu' terbabit, kenapa dia tak ambik tindakan?
Andai kata apa yang didedahkan oleh 'Individu' tersebut, buat la laporan Polis. Saman je la orang tu. Dia nak bercakap je buat apa? Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.