Rabu, Januari 16, 2013


Fuh!!! Tak sangka. Ketua Penerangan PKR Selangor ni ada Telur jugak rupanya ye. Berani betul dia 'sailang' Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Tapi apa nak heran ye tak. Si Shuhaimi ni sesiapa pun dia tak peduli. Sedangkan sebelum ni, titah Sultan pun dia boleh buat tak tau. Inikan pulak Si Ketua Penipu tu.

Dan semua tu hasil didikan Si Ketua Penipu tu jugak. Bukannya salah orang lain. Si Ketua Penipu tu jugak yang ajar konco - konco dia agar tidak menghormati Institusi Raja Melayu.

Sebelum ni, Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan menolak titah Tuanku Sultan Selangor dan tetap dengan pendirian menyokong kalimah Allah diguna oleh Bukan Islam.

Bagi Si Ketua Penipu tu, titah Tuanku Sultan tu tak perlu dipatuhi oleh pihak Rejim PKR Selangor. Bagi dia, MAIS tu bukannya mewakili Kerajaan.

Jadi sekarang, tak heran la kalau Ketua Penerangan PKR Selangor tu pulak berani buat tak endah je dengan Si Ketua Penipu tu berhubung isu yang sama.

Kata Si Shuhaimi tu, pendirian dia adalah sama dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dimana orang Bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah.

Nah!!! Sekarang semuanya dah terbukti. Dikalangan diorang pun memang dah berpecah belah dalam menentukan pendirian masing - masing mengenai isu ni.

Maka, memang nampak sangat la yang diorang ni masih GAGAL untuk bertolak ansur dan bertoleransi diantara satu dengan yang lain. Itu baru satu isu pun diorang masih tak mampu nak selesai. Belum suruh selesaikan masalah negara. Memang jahanam la dibuatnya!!!
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Shuhaimi Shafiei memberikan bayangan bahawa beliau selari dengan pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu. 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda muncul pemimpin PKR pertama mengeluarkan kenyataan berhubung kalimah Allah selepas pendirian Majlis Syura Ulama Pas, manakala yang lain, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membisu. 
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut kerana mendakwa belum meneliti keputusan Majlis Syura Ulama Pas, sebaliknya hanya dimaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kalau nak laksana Hudud,langkah mayat aku dahulu! Hadi, bila lagi! Masanya dah tiba!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping