Hebat kan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang dah dapat 'sedap - sedap' lepas tu tak nak mengaku salah. Sekarang, nak tuduh orang lain pulak.
Kata diorang, isu berkaitan dengan rasuah gangguan seksual yang timbul baru - baru ni dibangkitkan bagi tujuan nak mencemar imej Pakatan di Pulau Pinang.
Diorang kata, semua tindakan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tu hanya bertujuan untuk memalukan PKR.
Jadi, mereka gesa agar seluruh kepimpinan dalam PKR serta Pakatan mempertahankan tindakan yang dibuat oleh Pembantu TKM yang terbabit dalam skandal tersebut.
Pergh!!! Mudahnya diorang keluarkan arahan ye tak. Dah kantoi, masih jugak diorang nak tegakkan benang yang basah. Itu macam pun diorang boleh kata diorang Bersih ke?
Tapi, tak heran la kalau diorang boleh arahkan semua kepimpinan dalam Pakatan tu mempertahankan salah laku moral sedemikian rupa.
Sedangkan Si Ketua Penipu tu kantoi menyondol bontot Pembantu Khas dia pun diorang boleh pertahankan mati - matian, inikan pulak dengan Pembantu TKM ni.
Waima Si Ketua Penipu tu jelas dapat 'main' dengan Chinadoll dalam video seks sebelum ni pun diorang pertahankan, inikan pulak salah laku moral macam ni. Apa la sangat.
Jadi, sebab itulah diorang menyeru seluruh kepimpinan Pakatan termasuk la PAS yang KONOnnya memperjuangkan Islam tu untuk turut serta.
Kalau sikap buruk pemimpin yang macam ni pun PAS masih jugak nak menyokong, tak payah la diorang mempergunakan Islam tu sebagai alat dalam Politik. Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
SHAH ALAM: PKR Pulau Pinang hari ini mengecam penahanan pembantu kanan kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman bersabit tuduhan rasuah sebagai satu percubaan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti pentadbiran Pakatan negeri itu.Malah, Naib Pengerui PKR negeri, S Raveentharan mendakwa tiada bukti untuk mengaitkan pembantu TKM itu dengan rasuah.Sehubungan itu, beliau menegaskan peguam parti akan mempertahankan pembantu TKM terbabit.Menurut Raveentharan yang juga ADUN Batu Uban itu lagi, mereka tidak sepatutnya menuding jari jika mereka tidak mempunyai bukti.Difahamkan sepasukan peguam akan mempertahankan pembantu TKM itu, tetapi tidak pasti bila dia akan didakwa di mahkamah.Bagaimanapun, beliau kini dibebaskan dengan jaminan polis.Pembantu Mansor dan dua yang lain, termasuk bekas pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Januari di tanah besar Pulau Pinang.Ketiga-tiga ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah sebanyak RM30,000 kepada seorang kerani perempuan untuk memujuknya supaya menggugurkan aduan gangguan seksual terhadap Roslan, yang telah digantikan sebagai DO ekoran penangkapan tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.