Sabtu, Januari 19, 2013


Kalau ikut pandangan Semut, kes ni memang tak de orang lain yang bersalah melainkan Si Guan Eng tu sendiri sebab dia merupakan Ketua Menteri.

Tambahan pulak, dia jugak yang buat desakkan agar penggunaan kalimah Allah tu dibenarkan untuk golongan Bukan Islam sebelum ini.

Pemimpin yang angkuh macam tu perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini. Dia tak boleh nak lepas tangan sebab perkara tu berlaku di Negeri dia.

Jadi, memang layak sangat la kalau penduduk Pulau Pinang nak desak dia supaya letak jawatan kerana sifat dia yang Biadap tu. Kalau setakat nak main lepas tangan je, baik suruh dia berenti je jadi pemimpin. Jangan menyusahkan orang lain!!!
GEORGETOWN: Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggesa kerajaan Persekutuan menyiasat dakwaan bahawa terdapat gerakan menyebarkan fahaman Kristian kepada pelajar sekolah dengan mengedarkan kitab Bible secara percuma. 
 
Pengerusinya, Salleh Ismail berkata, pihaknya berjaya mengesan dua individu yang cuba mengedarkan 50 buah kitab itu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, disini, petang kelmarin.
 
Naskah itu bukan sahaja diberi kepada pelajar berbangsa Cina dan India malah ia turut diedarkan kepada beberapa pelajar Melayu sekolah berkenaan ketika sesi sekolah berakhir kira-kira jam 12.30 petang.
 
Salleh berkata, tindakan dua lelaki itu amat berbahaya dan bertentangan dengan Artikel 11 (4) di dalam Perlembagaan Negara di mana melalui enakmen itu, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. 
 
“Difahamkan kedua-dua lelaki berkenaan secara terbuka mengedarkan kitab Bible itu kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Walaupun perbuatan itu telah ditegur namun mereka tidak mengendahkan nasihat orang awam sehingga guru besar sekolah berkenaan keluar dan mengarahkan mereka berhenti dari terus berbuat demikian.
 
“Kita percaya mereka sengaja ingin mencetuskan provokasi kerana tindakan mereka itu terlalu sensitif terhadap umat Islam,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong, di sini, malam kelmarin.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. dlm perlembagaan jelas melarang bukan Islam menyebarkn agama mereka kepada umat Islam...
    namun akta manakah dlm undang2 yg melarang mrk mybearkn agama mrk kpd umat Islam? baik mansuhkn shj plmbagaan jika kjaan masih tidak mengambil apa2 tindakan tegas ke atas mubaligh kristian tersebut...ingat ambil tindakn, rakyat mesti tahu apa tindakn itu krn ksalahn dibuat secara umum...

    -aku sokong bn krn bn jauh lebih baik berbanding pr...namun aku mungkin akan buat undi rosak krn kecewa dgn kjaan yg lembik dan tidak berani bertindak tegas hny krn takut kehilangan undi puak kristian...tengoklah nanti!!! rakyat bukan shj perlukan kjaan yg baik dan cekap tetapi juga sebuah kjaan yg KUAT!!!!! tahu kuat? KUAT ITU TIDAK LEMBEKKKKKK....

    BalasPadam
  2. Dia edar je.... yang menerima itu sndri yg pandai fkir.... tu pun nak emo lbih....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping