Sabtu, Januari 19, 2013


Hehehe... kan dah tak pasal - pasal je Si Assmin tu kena perli dengan Pak Berahim ni. Tu la, orang dah pesan. Kalau tak tau apa - apa, diam je.

Ini tidak. Nak jugak Si Assmin tu tunjuk pandai. Walhal dia tak tau apa - apa pun pasal bab agama. Yang dia tau pasal Politik je.

Dalam erti kata lainnya, Si Assmin tu tak layak nak berbicara soal agama. Jadi, adalah lebih baik dia tutup mulut dan jangan nak memandai - mandai bercerita bab agama ni.

Bagi Pak berahim pulak, kenyataan dia tu jelas menggambarkan bahawa Pakatan Pembangkang ni memang tak sehaluan.

Dia sendiri mengakui bahawa dikalangan Pakatan Pembangkang ni ada agenda mereka yang tersediri. Malah, tidak wujud sifat saling hormat menghormati diantara satu dengan lain.

Jadi, memang sah la yang Pakatan Pembangkang ni semua tak boleh diharap. Belum pun diorang memerintah, dah berbalah sesama sendiri.

Korang bayangkan la kalau diorang pegang kuasa nanti. Nak selesaikan satu isu kena ikut agenda masing - masing. Yang menjadi mangsa, kita jugak rakyat biasa. Pun masih kita nak percaya pada diorang? Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PKR atau DAP mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung larangan pengunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam dalam Bible versi Bahasa Melayu.
 
Ketika dihubungi Antarapos, Tuan Ibrahim berkata keputusan yang dicapai melalui Majlis Syura Ulama PAS itu diterima oleh pemimpin dan ahli parti.
 
"Dari sudut parti, Majlis Syura Ulama bukan untuk parti-parti lain...ia untuk PAS dan ahli PAS. Lagipun perkara yang kita tidak setuju adalah penterjemahan kalimah Allah ke bahasa lain.
 
"Kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam mana-mana bahasa lain. Kalau nama orang tidak mengapa, sebagai contoh Azmin...kalau diterjemahkan ke bahasa lain maksudnya tetap sama.
 
"Dalam PAS kita menerima keputusan itu, mesti akur kepada Majlis Syura Ulama," katanya.
 
Pada Ahad lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
 
Tambah Tuan Ibrahim, bagi PAS isu tersebut sudah selesai dan tidak perlu dipolemikkan lagi.
 
"Mengenai Azmin, itu pandangan dia...hak parti, macam isu hukum hudud DAP tidak setuju tapi PAS dan PKR setuju.
 
"Keputusan kita tak meliputi parti lain...soal PKR nak setuju terpulang, itu pendirian parti kita. Itu pendirian PAS," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Pegeda.. PAS cakap pusing sana pusing sini dok tang tu jugak. Tak pecaya aku langsung puak puak ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping