Khamis, Januari 24, 2013


Melihat rakan-rakan baiknya yang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, pelakon, pengarah dan penerbit Hans Isaac, 41, berkata memang terdetik di hatinya untuk melalui kehidupan bahagia seperti mereka. 

Mengakui dirinya seorang memilih namun Hans memberitahu dia sebetulnya sudah ada perancang dan mahu menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

"Siapa yang tak mahu kahwin. Tapi semua kawan saya kahwin masa mereka umur 44 tahun dan 45 tahun. Jadi saya rasa saya ada masa lagi. 

"Memang saya ada target bila nak kahwin. Tapi seperti yang semua tahu dua tahun sebelum ni fokus saya adalah pada ibu saya. Sekarang ibu saya sudah tiada. Jadi dah tiba masanya untuk saya fikirkan sesuatu yang baru dalam hidup saya.

"Target tu... mungkin hujung tahun ini atau setidak-tidaknya pertengahan tahun depan saya. Tapi nak kahwin ni pun saya kena fikirkan dengan siapa jodoh saya. 

"Adakah keluarga saya dan keluarga jodoh saya menerima kami. Kahwin ni bukan perkara main-main. Saya takut bila tengok ada pasangan yang kahwin dan tak lama lepas tu bercerai. 

"Jadi saya lebih rela tunggu lama miss right saya dan terus kami berkahwin", katanya kepada malaysiandigest.com ketika ditemui di majlis sidang media filem Lawak Ker Der 2, bertempat di hotel Premiere, petang semalam.

Ditanya sudahkah dia mempunyai calon isteri, sambil tersenyum pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac ni bagaimanapun enggan menjawab dan sekadar berkata,

"Saya tak boleh jawab. Ini bukan masanya untuk saya mengaku dan jangan buat saya berbohong (senyum). Saya belum bersedia nak kongsi apa-apa. 

"Belum masanya. Dengan pengalaman kegagalan cinta yang saya alami lalu, saya sudah serik untuk bercerita lebih-lebih", ujarnya.


Ps: Hek eleh!!! Apa pasal la Si Hans ni nak berahsia - rahsia sangat ni ek? Bukan ke Si Neelofa tu dah mengaku kata yang dia tetap setia dengan Hans tu ke? Jadi, nak rahsia - rahsia apa lagi!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping