Khamis, Januari 24, 2013


Terkedu dengan apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional baru - baru ini jelas membuatkan puak - puak Pakatan Pembangkang ni hilang haluan.

Nak pulak Si Husam ni. Dia sendiri masih lagi tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dikalangan rakyat mengenai duit derma Lebuh Raya tempoh hari.

Sebaliknya, Si Husam tu nampak gayanya semakin hari semakin mengarut pulak dah gayanya. Sebelum ni mimpi nak bina lebuh raya.

Lepas tu, dia jugak pernah berjanji nak bina keretapi paling laju didunia. Sekarang dah timbul pulak cerita pasal minyat dibawah tanah Kota Bharu.

Soalan lama tak dapat nak jawab, Si Husam tu nak suruh rakyat tanya soalan baru ke? Mampu ke dia nak jelaskan kepada rakyat mengenai soalan tu nanti?

Salah satu yang sedang bermain difikiran mereka ialah mengenai lokasi kawasan yang didakwa ada minyak tu. Kat mana tempatnya? Di tengah bandar ke?

Atau dipingir - pinggir bandar Kota Bharu tu? Betul minyak tu ditemui di Kota Bharu, adakah Rejim PAS Kelantan nak bina telaga minyak kat kawasan tu?

Kalau nak bina telaga, dah tentu - tentu tak sesuai sebab kawasan tu ada penduduk. Tak risau ke diorang dengan pencemaran alam sekitar dan bahaya terhadap rakyat?

Agak - agak, bila gamaknya penemuan minyak tu dapat disahkan? Setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Sepuluh? Seratus? Atau Seribu tahun baru boleh sah cerita tu?

Sebab dalam kenyataan Si Husam tu, dia kata "Bila ianya disahkan satu hari nanti...". Maknanya perkara tu masih belum disahkan lagi. Jadi, bila gamaknya dia nak sahkan?

Hah! Tu baru serba sedikit soalan - soalan yang berlegar - legar dalam kepala rakyat. Rasanya banyak lagi soalan lain yang akan dibangkitkan kemudian.

Tapi, soalan tu hanya relevan KALAU apa yang dikatakan oleh Si Husam tu benar - benar wujud. Sebaliknya, kalau semua tu setakat mimpi dia disiang hari je, baik tak payah tanya!!! Dah nampak sangat la dia nak menipu rakyat!!!
KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.


Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.

Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media  selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Minyak...?
    bawah rumah aku pun ada ni...
    mai la korek Husam woiii...
    nak bgi free jee...aku tk mo komesen punn....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping