Ahad, Januari 06, 2013


Ala... kan Semut dah cakap dah sebelum ni. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni takkan mampu nak menang Pilihan Raya kalau diorang tak menipu.

Jadi, nak tak nak, terpaksa la diorang menipu. Kalau tak, macam mana diorang nak menang Pilihan Raya nanti? Itu pasal la hari - hari diorang cari bahan baru untuk menipu.

Macam cerita yang disiarkan dalam akhbar lidah rasmi Parti Angguk Saja mengenai isu kematian sekeluarga di Pengerang. Pun cerita tipu jugak.

Diorang secara terang - terangan buat cerita kononnya tiga beranak tu membunuh diri akibat tertekan dengan projek RAPID. Kononnya sebab pampasan tak mencukupi.

Walhal, cerita sebenarnya, mereka membunuh diri sebab tak tahan dengan penderitaan hidup kerana terpaksa menanggung isteri yang kena strok dan anak yang downsindrom.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh adik kepada mangsa yang terlibat. Pun Harakah nak kata adik kepada mangsa tu menipu ke? Pun diorang masih tak nak percaya lagi?

Katanya, Harakah ni 'Tepat Dari Sumber'. Ini sumber mana yang diorang ambik dan jadikan bahan berita dalam akhbar rasmi milik diorang ni?

Dah la Presiden PAS tu pun sesat dengan amanat dia yang entah apa - apa tu. Sekarang, lidah rasmi pun nak tumpang sekaki, menyesatkan rakyat dalam Malaysia.

Yang kesiannya, Pak Lebai yang ada kat kampung la. Mati - mati diorang percaya dengan laporan yang disiarkan oleh Harakah tu. Tapi, rupanya kena kencing hidup - hidup!!! Tak ke naya je tu? Jadi, memang patut sangat Harakah tu kena pijak!!!
Merujuk kepada tragedi tersebut, Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP, Chua Peng Sin berkata, 
“GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri”. 
Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan. 

Alasan yang dinyatakan ialah jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk membina rumah atau hidup baru. 

Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya. 

Akhbar China Press (p3 lead ), Guang Ming (p4lead), Kwong Wah Yit Poh (back page.pix), Oriental Daily (p14 lead.pix),Sin Chew semuanya melaporkan kenyataan adik mangsa, Pang Mao Song 55 tahun, iaitu kejadian itu tiada kena mengena dengan projek RAPID tetapi kerana masalah kesihatan. 

Laporan polis dari sumber jiran terdekat pula menyatakan bahawa mangsa telah pernah menyebut mengenai niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat terpaksa mengurus isteri yang uzur serta anak yang ‘down-syndrome’.
Ps: Kalau betul Harakah ada kredibiliti dalam sumber yang lebih tepat, apa kata diorang saman je akhbar - akhbar Cina ni. Baru la orang boleh percaya dengan cerita karut diorang!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping