Aik!!! Ni yang peliknya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang kata nak buat himpunan kat Stadium Merdeka. Ni sampai ada 8 tempat berhimpun ni, menda jadahnya?
Ini persoalan yang berulang kali dipersoalkan oleh banyak pihak. Kalau nak berhimpun di Stadium Merdeka, buat apa diorang buat 'Checkpoint' ni?
Suruh aje la peserta - peserta tu terus menuju ke Stadium. Tak payah la nak berkumpul dulu sebelum berjalan. Kan senang kalau macam tu.
Ini tidak. Nak kena berkumpul ramai - ramai kat 'checkpoint' dulu baru nak berjalan. Tak masuk akal lansung. Bukannya orang tak tau kat mana stadium Merdeka tu.
Tambahan pulak, untuk apa nak berkumpul di'checkpoint' yang diberikan sedangkan peserta boleh terus ke stadium menaiki kenderaan awam?
Kan banyak kenderaan awam yang boleh digunakan untuk ke stadium tu? Jadi, gunakan la pengangkutan awam tu sebaik mungkin. Tak payah la nak berkumpul kat checkpoint tu.
Hakikatnya, diorang ni memang suka mengabihkan masa je. Nak kena berkumpul dulu baru boleh berjalan ramai - ramai. Kalau berjalan sorang - sorang, tak syok la.
Kalau berjalan sendiri - sendiri, tak boleh la nak buat rusuhan kalau ada halangan dari pihak Polis. Diorang tak boleh kata Polis bertindak ganas.
Yang herannya, kenapa pulak diorang nak suruh peserta berjalan sedangkan dalam masa yang sama diorang kata nak tolong pemandu teksi yang ada?
Hah!!! Apa kata diorang 'charter' je teksi tu untuk bawak peserta ke Himpunan tu. Kan lagi mudah kalau macam tu? Tak de la mengabihkan masa.
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah memang itu tujuan diorang. Untuk mengabihkan masa. Buat kerja 'Lagho' walaupun diorang tau ianya salah disisi agama. Jadi, tak de la kita pelik sangat. Diorang ni memang suka buat kerja tak berfaedah!!!
KUALA LUMPUR 11 Jan: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal.Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti saranan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam.“Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.“Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan,” kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
“Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam. Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan,” katanya, lapor harakahdaily.Lapan tempat berkenaan adalah dari Masjid Universiti Jalan Pantai, Brickfields, KLCC, Jalan Sultan, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan Kampung Baru.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.