Sabtu, Januari 12, 2013


Fuh!!! Punya la seronok Si Ostazah Pening ni berpesta ye. Dia tak sedar yang mak dia tengah menahan sakit kat Hospital tu. Yang dia pulak dok sibuk berpesta.

Tapi itu lantak ke dia la ye tak. Dosa dia sendiri yang tanggung, bukannya orang lain. Kot dia berpesta semata - mata nak mengabihkan masa, bukan kita jugak yang tentukan. Sama la macam dia. Halal Haram ni, bukan dia jugak yang tetapkan!!!
BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
12.15 tengah hari: Kelihatan lima pelancong melalui peserta perarakan di Jalan Ampang tanpa mempedulikan keadaan yang bising dengan laungan slogan


12.45 tengah hari:Sebahagian orang ramai menonton gelagat peserta perarakan di Jalan Ampang

12.40 tengah hari: Kumpulan dari KLCC sudah tiba di Jalan Ampang bagi menyertai kumpulan yang sudah menunggu sejak jam 12.15 tengah hari tadi

12.35 tengah hari:Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan laguNegaraku
12.15 tengah hari:Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan
12.11 tengah hari:Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik
12.06 tengah hari: Peserta diminta membuka satu lorong bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu lalang di Jalan Ampang
12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka
12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500.


12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields

12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua

11.50 pagi: Ramai mula membanjiri pekarangan Stadium Merdeka. Keadaan masih terkawal

11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil'
11.45 pagi: Peserta di bawah pimpinan Cikgubad sudah mula bergerak menuju ke Stadium Merdeka


11.40 pagi: Cikgubad berkata: "Sekumpulan besar yang menggunakan kenderaan polis telah menurunkan anggota di beberapa tempat memakai KL112. Dalam kalangan kita tak perlu bawa senjata. Tolong ikut arahan."

11.49 pagi: Cikgubad juga, "dulu pelajar kita digantung kerana menurunkan gambar Najib. Tetapi kali ini bukan saja gambar kita nak turunkan.kita nak turunkan Najib."

11.35 pagi: Beberapa anggota polis trafik mengawal keadaan lalu lintas di depan Jalan Dewan Sultan Sulaiman

11.35 pagi: Khalid Ismeth: "Ramai orang yang memakai baju sama seperti kita turun daripada kenderaan polis dan bas persiaran. Saya minta peserta melaporkan pada petugas jika berlaku sebarang provokasi."

11.40 pagi: Peserta himpunan tiba di Jalan Pantai-Bangsar menuju ke Stadium Merdeka melalui Brickfields
11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan
11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik
11.30 pagi: Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa
11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka" Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka
11.20 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta bergerak ke Stadium Merdeka secara rasmi
11.26 pagi: mat Sabu tiba di Brickfields. Mat sabu menyarankan orang KL dan Selangor tidak memasuki Stadium, dan berada di luar bagi memberi peluang peserta luar KL dan Selangor


11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat,  Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit."

11.20 pagi: Sekitar 400 peserta sudah berkumpul di sekitar Kelab Sultan Sulaiman termasuk di tengah jalan sehingga menyekat laluan kenderaan yang lalu lalang

11.05 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Dr Mujahid Yusuf Rawa memberi ucapan, mengingatkan peserta agar tidak menimbulkan kekacauan
11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields
11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping