Hek eleh!!! Betul - betul tak sedar diri gamaknya Si Faekah ni. Dia ingat dia tu nak menipu budak sekolah rendah agaknya dengan cerita mengarut dia.
Sebaik sahaja dia dikeluarkan dari peti sejuk oleh pemimpin - pemimpin PKR, Si Faekah ni dah mula dah buat kenyataan yang bukan - bukan.
Macam orang tak tau cerita pasal isu air kat Selangor tu ye. Dia ingat rakyat Malaysia ni duduk dalam peti ais macam dia jugak kot sebelum ni.
Si Faekah tu kata pihak Kerajaan Persekutuan jelas telah menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan Politik bila isu air ni dibangkitkan.
Kata Faekah, Kerajaan Pusat lebih mengutamakan syarikat konsesi daripada nak menjaga kebajikan rakyat Selangor tu sendiri.
Yang herannya, puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu pun apa kurangnya. Kalau dilihat perkembangan terkini, diorang lagi teruk dari kerajaan Pusat.
Sekurang - kurangnya, Kerajaan Pusat ada jugak ambik tindakan kontigensi untuk mengatasi masalah air di Selangor. Yang Rejim Pakatan pulak buat apa?
Sekadar menunding jari dan menyalahkan orang lain? Suruh rakyat hidup dalam keadaan sengsara selama 100 tahun baru diorang nak selesaikan masalah mereka?
Kalau menurut kata Faekah, Kerajaan Pusat menghalang penstrukturan semula air di Selangor semata - mata kerana Negeri itu diperintah oleh Pakatan.
Tapi, Si Faekah ni terlupa nak maklumkan bahawa pihak kerajaan Persekutuan dah memberikan kebenaran untuk Rejim Pakatan menstrukturkan semula air.
KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor boleh melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air seperti di negeri-negeri lain yang telah menstrukturkan industri perkhidmatan bekalan air negeri masing-masing.Namun pelaksanaannya hanya boleh dibuat selagi ia mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan semua undang-undang yang berkuat kuasa.Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat keduanya pada 2 Ogos lepas. - SUMBER
Perkara tersebut dah dimaklumkan dalam beberapa artikel sebelum ini dan rakyat pun dah tau. Jadi, kenapa pulak Si Faekah kata yang pensturukturan air tu masih ditangguhkan?
Soalnya sekarang, siapa yang tangguhkan perkara tersebut dan menjadikannya sebagai satu isu Politik sehingga mengakibatkan rakyat menjadi mangsa?
Jawapannya mudah. Dah tentu - tentu la puak - puak Pakatan tu jugak yang bertindak sedemikian. Diorang yang melengah - lengahkan perkara tersebut.
Jadi, sekarang ni semuanya memang dah terdedah. Tak payah la Si Faekah tu nak buang masa dan menunding jari pada orang lain. Kalau dah tak mampu nak selesaikan isu air ni, mengaku je la!!! Jangan nak menyusahkan orang pulak!!!
CIK FAEKAH KO BELUM ADA CALON NAK BUAT SUAMI.
BalasPadamSi Fekah ni dengan Khalid Ibrahim sama aje 2x5... Bengong..... Rakyat dah muak dengan sikap Kerajaan Selangor!! Tak rugi sekiranya Kerajaan Selangor mengakui kesilapan dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Tapi kalau masih berdegil lagi, nak lagi tegakkan benang yang basah, tunngulah balasannya nanti pada PRU 13 nanti....
BalasPadamKerajaan Selangor ni ada bukti ke yang SYABAS seleweng dana CAPEX tu? Kalau ada tolonglah kemukakan bukti dan buat Laporan polis. Jangan cakap macam tin kosong. Isi takde, bunyi je lebih!!!!
BalasPadam