Fuh!!! Berani jugak Si Nik Aziz ni tenyeh muka Si Ketua Penipu tu yek. Ingatkan dia selama hari ni hanya pandai ikut telunjuk Si Ketua Penipu tu je.
Dalam isu berkaitan dengan kalimah Allah ni, nampak gayanya Si Nik Aziz tu tetap jugak dengan pendirian yang dibuat oleh Majlis Syura.
Dan dia enggan mengikut telunjuk Si Ketua Penipu tu agar terus tunduk kepada desakkan DAPigs dan PKR yang sebelum ini beria - ia nak kalimah tersebut digunakan dalam Alkitab.
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, puak - puak DAPigs tu sebelum ini telah mendesak Kerajaan Pusat untuk membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah tu.
Semuanya untuk meraih sokongan demi kepentingan Politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang semata - mata. Bukannya sebab agama.
Demi untuk merampas kuasa dan didorongi nafsu tamak serta rakus untuk memerintah Putrajaya, PKR yang dipimpin oleh Si Ketua Penipu tu pun turut akur dengan desakan tu.
Begitulah sifat buruk Si ketua Penipu tu sebenarnya. Dia bukan peduli sangat sama ada dia boleh jatuh kufur atau pun tidak. Yang penting, dia dapat rampas kuasa.
Jadi, bagaimana mungkin puak - puak Parti Angguk Saja tu boleh kata yang isu berkaitan dengan kalimah Allah ni dah selesai sedangkan dalam Pakatan masih lagi ada yang berbalah mengenainya? Kot ye pun nak menipu, cari la benda lain nak diPolitikkan!!!
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.Menurutnya, biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura itu terpulang kepadanya untuk membuat dakwaan.“Itu ikut dia, tetapi saya tidak mahu cakap benda yang terang dan jelas ini, benda ini sudah jelas dah dan kenyataan bertulis telah dikeluarkan.“Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali semalam, yang menegaskan Pakatan Rakyat mempunyai keputusan sebaliknya daripada ketetapan Majlis Syura dan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.