Selasa, Januari 15, 2013


Sebagai muslimah, penampilan artis ini kata orang sangat sedap dan sejuk mata memandang. Sudahlah cantik, bertudung pula dan untuk melengkapkan lagi penampilannya sebagai muslimah sejati lagi, dia turut bersarung tangan dan berstokin.

Bagaimanapun semakin lama SS duduk merenung perangai artis ini, ada macam yang tak kena pula. Bukan sebab terpegun dengan imej dirinya itu tetapi dia makin gedik semacam! 

Orang lain bertudung juga tetapi tidaklah macam dia yang SS perhatikan macam cacing kena panas. 

Gaya dan lagaknya seolah-olah hendak beritahu satu dunia yang dia sudah bertudung atau dialah wanita yang paling alim dalam dunia selebriti. 

Artis lain yang bertudung SS tengok ‘relax’ dan ‘cool’ saja, tidak pula bersikap terlebih-lebih macam dia. Kalau sudah bertudung kata orang, jiwa pun berhijrah sama. Tindak tanduk mencerminkan apa yang ada dalam hati dan fikiran kita.

Kalau hati memang ikhlas nak berubah, tak perlulah terlalu hendak riak atau menonjolkan diri. Tunaikan sajalah kewajipan terhadap Allah SWT dengan setulus hati.

SS di sini tak mahu berkhutbah panjang kerana SS nak cerita satu insiden membabitkan artis itu, baru-baru ini. 

SS harap artis itu dan sewaktu dengannya dapat menilai semula dirinya di depan peminat dan masyarakat sekeliling. Janganlah bersikap mengada-ngada dan riak kerana sebagai selebriti, orang sentiasa memandang diri kita. 


Ps: Hah! Lebih kurang jugak la macam cerita pasal Si Ostazah pening tu. Dia pun gedik bukan main dah sekarang ni.

Nak pulak kalau dia dapat naik ke pentas ceramah. Orang yang datang tu pun kebanyakkannya dah makin muak tengok dia. Tapi dah jenis orang tak sedar diri. Memang macam tu la perangai dia!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Dah lama pu3 dok tegur fiil dia ni. Apa yg pu3 dpat je laporan keluhan dr dia. Apa pasallah puteri dok benci sangat kat dia. Dia tak ambil positif teguran RIAK dan gedik tu. Anggapan kononnya orang benci Islam sebab asyik fitnah dia kononnya. Astagfirullah.

    Semoga Allah beri petunjuk hidayah kepadanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping