Jumaat, Januari 18, 2013


Aduhai!!! Sampai ke Sabah dia nak meroyan ni pasal apa? Tak puas lagi ke dia meroyan kat Kuantan tu sampai nak berjangkit ke Sabah pulak?

Ini la sikap puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Diorang ni memang suka sangat buat kerja yang bukan - bukan. Semuanya mengabihkan masa belaka.

Dulu, diorang jugak yang buat tuduhan kata wujud penyelewengan dalam pendaftaran penduduk di Sabah. Kononnya, kata diorang rakyat Sabah tu kebanyakkannya pendatang.

Diorang tuduh kata rakyat Sabah tu kebanyakkannya masuk ke negeri tersebut secara haram dan diberikan kerakyatan secara percuma oleh pihak kerajaan.

Disebabkan wujudnya tuduhan dan dakwaan seperti itulah yang membuatkan pihak Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat perkara tu.

Dah sekarang diorang tuduh pulak RCI tu hanya wayang yang dimainkan oleh pihak UMNO. Hah! Pulak dah!!! Dah dia kata wayang pulak.

Walhal, yang tuntut Kerajaan buat siasatan tu bukannya orang lain. Tapi diorang jugak yang suruh buat. Sekarang diorang nak tuduh semua tu wayang?

Nampak gayanya perangai Si Mak Lampir Foolziah ni masih tak berubah - ubah perangai buruk dia tu ye. Ada saja benda yang tak kena walaupun diorang jugak yang buat tuntutan.

Dulu dalam isu Lynas pun macam tu jugak yang dia buat. Dia desak pihak Kerajaan tubuhkan jawatankuasa bebas untuk buat kajian pasal kilang tersebut.

Bila Kerajaan dah buat, dia tuduh pulak yang jawatankuasa IAEA tu tak adil dan tidak mengendahkan tuntutan rakyat. Hah! Tak ke sama je tuduhan tu dengan RCI ni?

Bagi penduduk - penduduk di Kuantan, mereka semua dah muak dengan permainan Politik Si Mak Lampir Foolziah ni. Sebab perangai dia tak pernah berubah - ubah.

Tempat sendiri pun dia tak jaga, nak jugak dia menyibuk kat tempat orang pasal apa? Lepas tu, nak tabur pulak cerita yang bukan - bukan. Memang saja tempah tiket nak makan pencen je la dia lepas ni sebab dah tentu - tentu dalam PRU nanti dia akan tumbang!!!
KUALA LUMPUR 17 Jan: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata,  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung imigran Sabah yang sedang berlangsung bagi menyiasat perkara itu hanya wayang Umno BN.
Katanya, walaupun saksi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipanggil untuk memberi keterangan, namun pastinya mereka tidak akan dedahkan sejauh mana projek IC itu untuk memenangkan Umno BN di sana.
“Ini semua wayang yang dimainkan Umno BN. Selesai suruhanjaya nanti, ada pula alasan-alasan tak munasabah daripada hasil pendengaran itu.
“Mengikut orang Sabah sendiri, mereka tidak percaya angka yang diberikan SPR kerana rekod yang dikemukakan bukan yang terkini. Daripada awal sudah nampak kekeliruan,” katanya ketika dihubungi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping