Ish!!! Ish!!! Ish!!! Hari ni sehari - harian Si Mahfuz Bean tu dimalukan dalam laman media ye. Kenapa la tergamak orang buat macam tu ye.
Tapi ye la. Dah dia sendiri yang suka sangat nak cari pasal dengan orang. Memang la dia kena tanggung. Tu pasal orang dah pesan, jangan tunjuk pandai sangat.
Kalau dah taraf pendidikan tu takat SRP, buat la perangai macam SRP. Jangan la berangan macam dia ada PhD pulak. Kadar ke diri tu dulu.
Baru dapat surat, tak kaji lagi siapa hantar surat tu dah buat pendedahan. Dah dia percaya bulat - bulat. Sekarang, dah kena tenyeh. Siap kena lapor Polis lagi.
Kot kalau lepas ni orang hantar surat kata "PAS Bodoh. Anwar Peliwat. Datuk Seri Najib Baik." Si Mahfuz Bean tu nak percaya jugak ke?
Hah! Kan tak pasal - pasal je dah terserlah keBODOHan Si Mahfuz Bean ni. Tak pasal - pasal je dia malu muka. Lepas ni buat la penafian kononnya dia sekadar nak bangkitkan isu tu untuk tindakan JPN. Tu semua nak 'cover' malu punya pasal la tu!!!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said hari ini.“Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Hari Imigresen 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.Menurut Mahfuz, surat arahan yang didakwa ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember tahun lepas dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah. – seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.