Khamis, Januari 03, 2013


Huh!!! Tak ubah perangainya macam Si Ostazah Pening tu. Bila dah tak laku, macam - macam la cara yang terpaksa dibuat untuk meraih populariti.

Kalau orang lain, diorang cari publisiti dengan cara yang betul. Ini tidak. Suka buat kerja yang bukan - bukan. Kalau dia buat benda tu baik, tahan jugak.

Selayaknya, Minah tak sedar diri tu duduk sebaris dengan Si Ostazah Pening tu sebab nanti senang. Memang kena sangat dah diorang berdua tu. Bila Ostazah Pening tu dah semakin pening, minah tak sedar diri ni boleh bagi dia 'Take 5'!!!
AWAL-AWAL lagi tabir 2013 dibuka dengan kisah yang ‘gempak’! Muka depan Harian Metro, semalam memaparkan kisah seorang pelakon wanita seksi ditahan pihak berkuasa selepas didapati memiliki dadah di sebuah kediaman mewah, kelmarin. 
Dia dilaporkan bersama teman lelakinya, seorang penganggur memiliki pil disyaki Eramin 5. 
Walaupun SS sudah tahu siapa dia, SS tidak boleh mendedahkan namanya itu kerana ia kes polis dan biarlah siasatan dibuat pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. 

Bagi SS, kejadian sebegini memang mencalar nama dunia hiburan yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan keruntuhan moral. 

Sebenarnya, perkara ini sudah lama berlaku bukan saja di negara kita, malah ramai penghibur antarabangsa di Barat menjadi mangsa penyalahgunaan dadah sehingga ada yang menemui ajal. 

SS sendiri sangat berharap agar dunia hiburan bebas daripada segala jenis dadah dan benda yang mengkhayalkan kerana ia hanya memberikan kesan buruk kepada pengamal itu sendiri. 

Seharusnya mereka yang didapati pernah mengambil dadah digantung profesion mereka buat seketika sebagai satu pengajaran yang berguna kepada yang lain.




Kita sudah lama ada undang-undang namun masih ada manusia yang suka melanggar undang-undang itu kerana pengaruh dan bertuankan nafsu. Kononnya dengan mengambil dadah, ia antara lain akan membuatkan mutu persembahan mereka menjadi lebih mantap sebab tidak lagi ada perasaan segan silu berdepan dengan penonton.



Bagi SS, inilah juga antara agenda penting yang harus diperjuangkan persatuan artis di Malaysia termasuk Seniman dan Karyawan, bukan sekadar sibuk memikirkan soal kemasukan artis luar ke negara ini kerana hal dalaman negeri kita pun masih banyak masalah kronik. 

Persatuan kenalah proaktif bertindak dan memantau tindak-tanduk ahli mereka yang suka mendatangkan masalah. 

Seperti yang SS katakan, bagi mereka yang melakukan perkara memalukan profesion sendiri dan dunia seni, tindakan tegas mestilah diambil sebagai satu pengajaran namun pada masa sama, bertindaklah juga membantu mereka untuk kembali semula ke pangkal jalan dengan memberikan kaunseling dan apa yang patut. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping