Jumaat, Januari 11, 2013


Hah!!! Nampak sangat la yang puak - puak Parti Angguk Saja ni bukan setakat bertelagah sesama diorang sendiri. Tapi sekali dengan Mufti Negeri perli diorang.

Kalau sebelum ni, banyak dah blog yang ulang tayang kenyataan dari Datuk Dr. Haron Din mengenai hukum kufur bagi mereka yang sokong desakan DAPigs tu.

Kali ni, meh kita baca kenyataan dari Mufti Negeri Kelantan ni. Apa pulak kata dia ye sampai Si Nik Aziz tu patut malu dengan diri dia? Nah, korang baca la dulu:
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain. 
Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu. 
Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam. 
Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi. 
"Perkataan-perkataan itu ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, imam, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, iman, nabi dan sheikh. 
"Undang-undang Islam negeri ini sudah lama memperuntukkan bahawa kesemua perkataan itu tidak boleh dikaitkan dengan agama lain. 
"Kita sebagai orang Islam seharusnya patuh pada peraturan yang sudah sekian lama terpakai dan tidak membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 
Bagaimanapun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menyatakan kesediaan beliau menerima penggunaannya dalam kalangan bukan Islam dengan alasan sebagai kaedah dakwah mendekatkan mereka kepada Islam. 
Ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz itu, Mohamad Shukri enggan mengulas lanjut namun menasihatkan semua pihak di negeri ini agar menghormati keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008 dan enakmen itu sendiri yang telah menyatakan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah. 
''Enakmen ini diluluskan Sidang DUN 1981, saya tidak tahulah bagaimana kedudukannya sekarang sama ada peruntukan di dalamnya masih berkuat kuasa atau tidak. 
''Terserahlah sama ada kita mahu hormat atau tidak pada undang-undang yang kita sendiri gubal," katanya.
Ps: Kesimpulannya mudah. Kalau setakat pandai gubal undang - undang tapi tak nak ikut buat apa!!! Setakat cakap je pandai puak - puak Pakatan ni, tapi bila buat satu hapah pun diorang tak mampu!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Ulamak yg benar2 IKHLAS menyibar/menegakkan Syiar ISLAM diMalaysia adalah Ulamak terdahulu yang tidak berkepentingan dan diteruskan oleh anak2murid mereka pun atas dasar KEIKHLASAN!Tapi la ni ada orang konon nak tegakkan ISLEEEEE,tapi nak kejar jawatan Y,MB dll dan cari hartoooooo,setelah menaksubkan pengikut,boleh buat apa saja!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping