Isnin, Januari 21, 2013


Ps: Ini pesanan ringkas buat Diana Amir. Jangan tersalah anggap pulak ye. Si Diana ni perlu ingat, jodoh dan pertemuan ni ketentuan Allah.

Jadi, usah la dia risau sangat kalau dia ada jodoh atau tidak dengan tunang dia tu. Kalau dah ditetapkan itu jodoh dia, buat la apa pun. Tak mungkin kita dapat mengubahnya.

Apa pun, yang penting kita perlu redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Kita manusia hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan segala sesuatu.

Jangan kita jadi macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu sudah. Dah ditetapkan bahawa Si Ketua Penipu tu takkan mampu jadi Perdana Menteri.

Tapi, diorang tak nak jugak terima ketentuan Allah S.W.T. Tu pasal la diorang hari - hari dok meroyan benda yang bukan - bukan. Dok sibuk buat dakwaan yang yang tak masuk akal. Semuanya sebab tak dapat terima ketentuan Allah la jugak!!!
KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Amir enggan terlalu mendedahkan mengenai tunangnya kerana bimbang jika mereka tidak ditakdirkan berkahwin kelak.
Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, dia dan keluarga akan menanggung malu jika pertunangan dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman, 20-an, tidak berakhir ke jinjang pelamin.
"Saya tidak mahu kecoh-kecoh atau terlalu dedahkan mengenai tunang sebab kalau tidak jadi nanti buat malu sahaja.
"Biarlah ia berjalan seperti biasa. Kalau memang ada jodoh, insya-Allah kami akan berkahwin," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Diana dan petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah itu berkenalan menerusi seorang teman kira-kira setahun lalu.
Mereka melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu dekat sini, pada September tahun lalu.
Diana berkata, dia juga berharap majlis pernikahan itu akan berlangsung dengan secepat mungkin jika ada jodoh antara mereka.
"Belum ada tarikh tertentu (pernikahan) tapi lebih awal lebih bagus. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk ikatan kami," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping