Kalau dah tak famous dan tak laku, mula la diorang buat kerja - kerja yang tak berfaedah macam ni. Semuanya cari penyakit sendiri.
Hari tu dia buat kontroversi dengan mendedahkan semua aset yang dia ada kepada khalayak ramai. Lepas tu tak mengaku kata itu dia.
Kemudian dia berpakaian menjolok mata dalam sebuah majalah di negara jiran. Pun dia anggap perbuatan tu tak salah sebab dia kata itu rezeki dia.
Sekarang, dah kantoi memiliki dadah pulak. Pun dia tak mengaku jugak itu semua salah dia. Dah macam Pakatan Pembangkang dah jawapan dia bagi ni.
Kalau dah buat salah tu, mengaku je la. Apa susah. Nak jugak menyusahkan orang lain buat apa? Tak mendatangkan faedah lansung.
Lain kali, kalau nak buat sesuatu benda tu, biar la guna Kepala Otak. Jangan ikut macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Diorang banyak guna Kepala Lutut!!! Itu pasal la diorang bengong tak sudah - sudah!!!
Sah! Zarina Anjoulie, 27, adalah pelakon wanita yang diberkas oleh pihak polis pada 30 Disember lalu kerana disyaki memiliki dadah.
Ekoran kejadian itu, pelakon kontroversi yang diberkas bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Eramin 5 seberat 0.6 gram.Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan diminta untuk dibicarakan. Zarina dan Mohamad Fakhruzaim didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Zarina dan rakannya itu diwakili peguam Mohd Haijan Omar dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2000 setiap seorang.
Mahkamah menetapkan 8 Februari hadapan untuk sebutan kes.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.