Khamis, Januari 24, 2013


Hah!!! Ini apa cerita pulak ni? Dah keluar dari peti sejuk Parti Kencingkan Rakyat tu pun Si Nurul Izzah ni dah bawak penyakit berjangkit pulak?

Dah lama tak cerita pasal Si Nurul ni pun, terasa gatal jugak tangan. Ingatkan bila dah lama tak dengar cerita pasal dia, mau juga la tengok dia berubah.

Rupanya tidak!!! Macam tu jugak la perangai dia. Dok meroyan tak tentu pasal. Tapi buat kerjanya tidak. Tambah memalukan, kerja yang dia buat pun main ikut suka hati je.

Kalau sebelum ni, Si Nurul tu dah dimalukan oleh seorang tukang masak apabila tukang masak tu secara terang - terangan memalukan dia depan orang ramai.

Mana tak malu beb. Depan orang ramai Si Tukang Masak tu tanya Nurul Izzah ni sapa. Punya la orang tak kenal kat dia. Tu semua sebab dia MALAS nak turun padang la tu.

Nah!!! Kali ni dengar cerita dia dah tersalah pegi tempat. Nama tempat lain, tapi lain pulak yang dia sebutnya. Memang sah dia tak pernah turun padang.

Kalau seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, dia akan tau kat mana tempat tu dan apa namnya. Waima dia tutup mata sekali pun. Ambik bau pun dia dah tau nama tempat tu.

Tapi Si Nurul Izzah ni lain pulak. Walaupun dia dah pegi tempat tu pun dia masih jugak tak tau nama penuhnya. Dia main ikut suka dia je bagi nama.

Halahai. Macam ni punya wakil rakyat pun ada jugak ke? Udah la MALAS nak pegi sidang Parlimen. Dok memonteng je memanjang. Sekarang, MALAS pulak turun padang. 

Kalau wakil rakyat MALAS macam ni senang je ubat dia. Tak payah bertanding. Kalau bertanding pun buat menyusahkan orang je. Suruh je dia duduk rumah. Jaga suami dan anak - anak. Ada jugak faedahnya dari mengabihkan masa orang lain!!!
Eh, apa benda wakil rakyat pilihanraya ni?

Oooh, wakil rakyat pilihanraya ialah calon wakil rakyat yang hanya muncul sejurus sebelum pilihanraya. Lepas menang dulu, haram muka tak nampak. Tapi mentang-mentanglah pilihanraya dah dekat, tiba-tiba je dia ni muncul semula.

Contoh terbaik ialah Nurul Izzah.

Lepas menang dulu, Nurul Izzah jarang jejak kaki kat Lembah Pantai ni. Dia lebih suka goyang kaki, makan angin ke luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia. 

Kononnya Malaysia ni banyak rasuah, banyak kacau-bilau, tak selamat – sampai pelabur dan pelancong asing pun takut nak ke mari. Lepas tu bila pelabur dan pelancong tak datang, yang merana ialah rakyat Malaysia sendiri kerana ekonomi negara terjejas. Bila ekonomi terjejas, Nurul Izzah tuding jari menyalahkan Kerajaan, padahal punca ekonomi merudum sebenarnya ialah dia sendiri!

Contoh terbaik ialah isu kapal selam. Dia pergi ke Indonesia, buat sidang media besar-besaran jaja cerita kononnya kapal selam Malaysia tak boleh menyelam! Jadi Malaysia pun jadi bahan momokan masyarakat antarabangsa, kononnya langsung tak efisien. Tapi bila diadakan majlis perasmian dengan DYMM Yang diPertuan Agong sendiri berada di atas kapal selam tersebut semasa ia menyelam, terdiam Nurul Izzah. Tapi pada masa itu nama Malaysia dah pun diburukkan di mata orang asing.

Dek kerana jarang turun padang, maka bila sekali-sekala buat majlis, Nurul Izzah boleh sesat-larat! Lembah Pantai tak besar mana pun boleh sesat?

Tak percaya? Boleh baca sendiri tweet si Nurul ni.
Nurul Izzah AnwarAlhamdulillah ramai turut serta dalam pertandingan mewarna yg kami anjurkan :) -medan angkasa
Aduhai Nurul… Mana ada tempat nama Medan Angkasa kat Lembah Pantai. Tempat program kau tu ialah Dataran Angkasa Jaya… - Seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping