Isnin, Januari 14, 2013


Fuh!!! Apa kejam sangat parti ni? Biasanya diorang dok tuduh pihak Kerajaan je yang zalim dan kejam. Yang diorang buat ni apa kejadahnya?

Takkan la sebab orang tu tak mengundi punya pasal, pun dah boleh kena gantung? Agak - agak la weh!!! tak masuk akal lansung.

Tapi apa boleh buat ye tak. Itulah hakikat yang terpaksa diterima bila seseorang tu jadi ahli kepada parti - parti dikalangan Pakatan Pembangkang ni.

Diorang cakap je nak memperjuangkan Hak Kebebasan. Tapi hakikatnya, semua tu setakat cakap je la. Perlaksanaannya, jangan harap. Memang takkan dibuat. 

Hidup mati semula pun belum tentu lagi. Semuanya memerintah cara kuku besi. Silap sikit, gantung. Asal tak betul je, suruh tutup mulut. Buat kontroversi, terus kena masuk peti sejuk. Itu yang diorang kata diorang tu Adil? Ciet!!! Pigidah!!!
GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus Koay Teng Hai digantung keanggotaan parti selama enam bulan, berkuat kuasa Jumaat lepas.
Koay dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin parti DAP selepas beliau tidak menghadiri mesyuarat penting pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas.
"Saya mengaku saya salah membuat pertimbangan. Justeru adalah penting untuk saya mengadakan sidang akhbar ini bagi menjelaskan kepada penyokong saya dan meminta mereka memaafkan saya.
"Sekali lagi, saya dengan suci hati meminta maaf kepada penyokong serta parti terutamanya kerana salah pertimbangan saya itu menyebabkan mereka berada dalam kebimbangan dan keadaan yang sukar," katanya.
Jumaat lepas, Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP membuat keputusan menggantung keanggotaan Koay kerana tidak menghadiri persidangan DUN Pulau Pinang pada 1 November lepas.
Ketidakhadiran Koay itu boleh menjejaskan majoriti dua pertiga ketika sidang DUN membentang usul meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang berhubung larangan Adun melompat parti.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. hehehehehe...perjuang hak asasi konon...
    puiiii...!!!
    itu hak asasi ADUN tu la samada nk undi @ tak...bkn bule dipaksa2...klu dipaksa, itu bkn lgi hak asasi, itu autokratik nama nyaa....puiihhhh...!!!
    CAKAP TAK SERUPA BIKIN....!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping