Selasa, Januari 08, 2013


Nampak gayanya, serangan puak - puak Pakatan Pembangkang terhadap gandingan mantap diantara DS Najib Tun Razak dan TS Muhyiddin Yassin dah capai tahap kronik.

Memang tak dapat nak dinafikan bahawa kedua - dua pemimpin ini berganding bahu dengan cukup baik bagi memastikan Negara terus maju ke hadapan.

Disebabkan itulah puak - puak Pakatan Pembangkang sekarang ni sibuk menyebarkan khabar angin mengatakan kononnya hubungan mereka berdua sedang mengalami konflik.

Perkara ini jelas dan sudah banyak pihak yang mengadu. Kononnya, kata mereka, TS Muhyiddin sedang bersiap - siap nak jadi PM dimasa akan datang.

Namun, perkara seumpama itu tidak mungkin akan terjadi kerana sokongan TS Muhyiddin terhadap Tranformasi DS Najib cukup kuat.

Tapi, biasa la. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang mudah sangat merah mata bila melihat kedua - dua pemimpin tu cukup erat bekerjasama diantara satu dengan lain.

Maka, mahu atau tidak, diorang sebar pulak cerita mengatakan KONONnya DS Najib mengalami stroke. Sebab itu la, kata diorang, TS Muhyiddin banyak ke hadapan.

Benda macam tu pun diorang nak pertikaikan jugak ke? PM sihat wal-afiat diorang nak tuduh kata dia sakit. Apa punya buruk la perangai diorang ni ye?

Yang pemimpin 'sakit' dikalangan diorang tu, tak nak pulak diorang bising - bising. Dah terang - terang Si Ketua Penipu tu ada 'Sakit Mental'. Yang diorang nak ikut jugak pasal apa!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lepas.

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat.

Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam.- Bernama
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping