Khamis, Februari 21, 2013


KUALA LUMPUR: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

"Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu (bekas tunang) dan dia menjelaskan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.

"Lelaki itu mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," katanya ketika dihubungi.

Menurut pelakon Nur Kasih The Movie itu, dia sudah menghubungi keluarga bekas tunangnya dan menyuarakan hasrat untuk memutuskan hasrat untuk memutus ikatan pertunangan yang bertahan seminggu.

"Cukuplah saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia," katanya.

Fizz berkata, dia mengenali wanita itu dia satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu dan perkenalan mereka bermula apabila memiliki kenalan sama di Kuantan.

"Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia. Namun sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang, tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya.

"Sedar-sedar, saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlansung," katanya.

Menurutnya, kini dia baru menyedari tindakannya bertunang dengan wanita itu secara tergesa-gesa sedah tentu menyakitkan hati Almy Nadia dan dia meminta maaf kepada pelakon jelita itu.

"Kepada semua, saya mohon maaf terutama Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.

"Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan, tetapi setahun bersama wanita itu, saya terus bertunang," katanya.

Fizz berkata, sehari sebelum majlis pertunangan diadakan, dia seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan kirinya melecur selepas terkena air panas dan dalam perjalanan ke Kuantan, kenderaannya turut rosak.

"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati, namun apakan daya ia sudah pun berlaku," katanya. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping