Khamis, Februari 21, 2013


Buat la demi sapa pun, hakikatnya rakyat dah tengok. Rakyat dah dapat menilai dengan mata serta telinga mereka sendiri. Benda tu dah tak dapat nak disembunyikan lagi.

Hakikatnya, pemimpin - pemimpin Pakatan ni bukannya berjuang untuk rakyat. Sebaliknya diorang hanya berjuang demi kepentingan diri sendiri. Itu je dasar perjuangan diorang sebenarnya. Bukan ada sebab lain pun!!!
SHAH ALAM: Pengerusi DAP Karpal Singh mempertahankan kritikan pedasnya terhadap Pengerusi PKR Chua Jui Meng sebagai sesuatu yang perlu demi kepentingan Pakatan Rakyat.


Semalam Karpal menyifatkan Chua sebagai pemimpin yang mempunyai kewibawaan mencurigakan setelah bekas Naib Presiden MCA itu bertelagah dengan Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bersabit pengagihan kerusi di negeri itu.

“Kenyataan yang saya buat adalah demi kepentingan Pakatan Rakyat dan dibuat secara ikhlas. Sebagai Pengerusi DAP, adalah tanggungjawab saya memastikan DAP tidak menjadi mangsa serangan yang tidak adil,” kata  Karpal kepada AntaraPos.

“Saya berpegang kepada kenyataan saya kerana ia dibuat atas kepentingan Pakatan Rakyat,” tegas beliau.

Semalam Karpal berkata pembabitan lama Chua dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 serta keghairahannya untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang pemimpin PKR itu.

Kenyataan Karpal itu menyusul selepas Boo menuduh Chua sebagai melobi kerusi selamat untuk bertanding di Johor serta membelakangkan kerjasama PKR-DAP-PAS di peringkat negeri.

Beliau menyifatkan Chua sebagai “tuan segala tuan” yang mahu segala tuntutannya dipenuhi termasuk memberikan PKR kerusi Parlimen Gelang Patah untuk bertanding.

Hari ini Karpal berkata Boo tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh DAP kerana membidas sikap Chua itu.

“Saya tidak nampak keperluan mengambil tindakan terhadap Boo. Tidak ada asas untuk menyalahkan beliau,” tegas Karpal.

Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Apabila Murshitdol Agong Pakatan Rakyat menegur, semua pemimpin fuckatan kene tunduk dan sujud akan perintahnya.... FAHAM...!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping