Khamis, Februari 28, 2013



Seperti yang dilaporkan akhbar semalam, pelakon jelita Rozita Che Wan aka Che Tah mengesahkan yang dia bakal bernikah dengan  kekasihnya Zain Saidin pada hujung Julai depan.

Namun ia menimbulkan persoalan kerana hujung Julai merupakan bulan Ramadan. Justeru, adakah Rozita dan Zain akan berkahwin pada bulan Ramadan tahun ini?

Dalam akhbar Kosmo hari ini menyebut kakak Zain iaitu bekas anggota kumpulan Elite, Sasha terkejut mendengar perkara tersebut kerana dia yang baru pulang dari Sydney, Australia minggu lalu sememangnya langsung tidak tahu apa-apa mengenainya (Zain akan kahwin hujung Julai).

Zain Saidin dan Rozita Che Wan.Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Malah Sasha berkata ia sesuatu yang agak mustahil untuk adiknya itu bernikah memandangkan ketika itu merupakan bulan Ramadan dan umat Islam sedang berpuasa.

"Apabila berita ini tersebar saya ada menghubungi Zain untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Dia memberitahu saya memang dia dan Rozita akan berkahwin, tetapi pada hujung tahun dan bukan pada hujung Julai ini", kata Sasha.

Mengulas mengenai penerimaan keluarga mengenai hubungan Zain dan Rozita memandangkan umur aktres itu dan Zain jauh berbeza 13 tahun, Sasha berkata sebagai kakak, dia memang tiada halangan dan Zain bebas memilih sesiapa sahaja yang ingin menjadi teman hidupnya. 

Tambahan keluarganya mengamalkan sikap terbuka dan merestui hubungan mereka berdua selama ini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping