Khamis, Februari 28, 2013


Ala, apa sangat la yang Tok Bomoh tu boleh buat pun kalau Si Mazlan Pemalas ni nak pegi jumpa dia? Nak halau Jin kat Bursa Saham KL tu untuk jatuhkan saham FGVH?

Sejak bila pulak Jin pandai main saham ni wei!!! Takkan la Jin zaman sekarang ni semuanya dah terlampau 'educated' macam Jins Shamsudin.

Kot ye pun Si Mazlan Pemalas tu tak boleh terima hakikat bahawa saham FGVH mencapai keuntungan sampai berbillion - billion semalam, takkan la sampai dia pegi jumpa bomoh?

Paling tidak pun, dia balik kampung. Tapi bukan nak tanam jagung. Nak pinjam modal dengan adik beradik dia. Sebab apa? Sebab ni:
Kira-kira 112,635 peneroka FELDA akan menerima dividen hampir RM1,000 seorang, hasil kejayaan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meraih pendapatan RM12.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.


Melalui Tabung Amanah Peneroka, setiap peneroka yang juga pemegang saham FGV akan menerima RM550 bagi bayaran kedua dividen selepas bayaran dividen pertama RM356 pada 22 Oktober lalu. 
Bayaran melalui tabung itu berdasarkan dividen akhir 8.5 sen sesaham atas 20 peratus saham yang dipegang oleh FELDA berjumlah RM62.02 juta. 

Dividen itu adalah tambahan kepada dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham berjumlah RM40.13 juta yang dibayar Oktober lalu, sekali gus menjadikan jumlah dividen tahun lalu 14 sen sesaham.

Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad, ketika taklimat media mengenai keputusan itu, berkata pembayaran dividen juga dijangka memanfaatkan kira-kira 67,365 pemegang saham lain. - seterusnya...
Nah!!! Setiap peneroka dapat RM 1,000 sorang beb. Si Mazlan ni dapat apa? Setakat dapat kena boo dek orang kampung je la jawabnya.

Dia setakat boleh bawak air liur je nak jaja ke hulu ke hilir. Yang orang lain, merasa jugak la simpan duit dan buat rumah baru. Itu pun dia masih nak membanggakan diri jugak ke?

Sudah la Mazlan oi!!! Rentikan la buat kerja tak berfaedah tu. Masalah yang dia buat kat Sungai Kemahang dulu pun tak selesai lagi. Jadi, tak payah la nak cari masalah lain. Baik dia balik kampung tolong sapu longkang pun lagi baik!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping