Sabtu, Februari 09, 2013


Hah! Nampak gayanya, taktik Si Husam tu tak menjawab isu pasal duit kutipan derma nak buat Lebuh Raya  Kuala Krai ke Kota Bharu tu ada nampak tanda - tandanya.

Kemungkinan besar, taktik Si Husam tu mendiamkan diri adalah untuk membiarkan isu tersebut dijawab sendiri oleh Hadi Awang.

Sama jugak la macam isu pasal Tabung Memali tu. Walaupun tabung tu dibuat oleh orang lain, tapi sebagai Presiden, Hadi Awang jugak yang kena bertanggungjawab.

Jadi sekarang ni, adakah Si Husam tu pun nak Si Hadi Awang ni bertanggungjawab untuk jelaskan mengenai isu dana kutipan derma bagi membina lebuh raya tu? Kalau macam tu, tak guna la Si Husam tu jadi pemimpin!!!
KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus bertanggungjawab atas penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengendalian Tabung Mangsa Memali, menurut seorang bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah. 
Zainon Ismail berkata pimpinan PAS kini cuba mengelakkan perkara tersebut daripada dibawa ke mahkamah kerana khuatir akan pecah tembelang yang disorok mereka selama ini.
“Pihak yang terlibat ialah peringkat tertinggi dalam PAS. Sebab itu ada perkara yang mereka tak mahu perkara ini dibawa ke mahkamah, takut-takut ada benda lain lagi yang akan terkeluar. 
“Antara yang paling tinggi ialah daripada Presiden, sampai kepada jawatankuasa PAS Pusat memang bertanggungjawab kerana tabung ini ditubuhkan oleh PAS Pusat,” jelas beliau kepada pemberita.
Sebagai individu yang pernah bertanggungjawab menguruskan tabung tersebut, Zainon memberitahu antara saluran derma yang tertinggi diterima adalah melalui lidah rasmi PAS, iaitu Harakah di mana Hadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah sebahagian daripada anggota Lembaga Pengarahnya.
“Dan (hasil kutipan) tabung-tabung ini berada antara tempat yang paling tinggi ialah di Harakah. Kalau pihak-pihak berkenaan, peguam-peguam kita pandai selongkar, habis pimpinan PAS kena turun jadi saksi. Sama ada Presiden, Cikgu Pa (Mustafa), Menteri Besar Kedah sekarang, kerana mereka ini semua Lembaga Pengarah Harakah. Duit itu mereka yang simpan, mereka yang pegang.
“Kemudian, terdapat juga duit Tabung Memali ini di Pejabat Agung PAS Pusat. Terdapat juga di pejabat Perhubungan PAS negeri Kedah..jadi banyak..” katanya yang pernah menjadi wartawan di Harakah. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping