Ahad, Februari 10, 2013


Haduh!!! Tak de lagi ke jawapan dari Si Husam tu pasal isu yang dibangkitkan oleh rakyat sebelum ni? Bila agak - agaknya dia nak jawap semua soalan tu?

Takkan la dia nak tunggu rakyat pengsan dulu baru dia nak jawap kot. Bukan apa. Takut nanti, bukan rakyat yang pengsan, tapi dia yang pengsan dibuatnya.

Mana tidak. Makin lama dia biarkan isu ni berlarutan, makin banyak lagi persoalan lain yang dibangkitkan oleh rakyat. Sedangkan yang satu ni pun dia tak boleh jawab, macam mana dia nak jawap soalan yang lain!!!
KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini mempertikaikan keupayaan kerajaan Kelantan pimpinan Pas untuk menunaikan janjinya membangunkan kawasan Lembah Sireh di sini. 
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sewajarnya rakyat Kelantan sudah merasai nikmat pembangunan di Lembah Sireh itu yang mula dilaksanakan sejak 2007.  
"Banyak janji tapi tidak ditunaikan. Ini satu perkara serius. Kita baca hari ini projek itu hendak dilanjutkan ke tahun 2020. 
Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,000 penerima di Sekolah Kebangsaan Chica Menyabung di sini, hari ini.  
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa kerajaan negeri akan menyambung projek di Lembah Sireh itu sehingga 2020.  
Pada Julai 2003, Kerajaan negeri telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh.  
Melalui perjanjian yang dimeterai ini Kerajaan Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan terutama dalam bentuk pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.  
Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah projek pembinaan masjid bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.   
Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan projek tersebut penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan berikutan masih terlalu banyak yang dijanjikan gagal dilaksanakan. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping