Rabu, Februari 13, 2013

Makin serabut dah gaya Si Kasanova ni...

Lebih 500 golongan ibu tunggal kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini hari ini mengadakan demonstrasi membantah kerajaan PKR Selangor kerana gagal memberi elaun kepada mereka seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Demonstrasi itu rentetan bantahan serupa beberapa kumpulan ibu tunggal di seluruh negeri Selangor termasuk yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, hampir 50,000 golongan ibu tunggal diperdaya dan ditipu kerajaan PKR Selangor selepas gagal menerima elaun seperti dijanjikan.

“Adalah jelas manifesto itu merupakan pembohongan dan hanya bertujuan meraih undi malah sehingga kini, tiada seorang ibu tunggal pun menikmati elaun berkenaan.

“Bantahan hari ini merupakan satu lagi tanda kecewa dan kekesalan ibu tunggal terhadap sikap kerajaan PKR Selangor yang tidak menunaikan janji mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Taklimat Tuntutan Elaun Ibu Tunggal Kaum India DUN Semenyih di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang di sini.

Yang hadir sama, Ketua Bahagian MIC Hulu Langat, Datuk S. Gopalakrishnan; Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom.

Menurut Johan, pihaknya akan terus memperjuangkan tuntutan elaun ibu tunggal itu dan yakin berada di pihak benar selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman serupa yang difailkan mereka sebelum ini.

“Saya berharap semua ibu tunggal di negeri Selangor bangkit bagi menuntut hak mereka yang dimungkiri kerajaan negeri," katanya.

Ps: Huh!!! Memang tak boleh harap betul la Si Khalid Gagap ni. Patut sangat la dia ni dianggap sebagai Kasanova terlampau.

Kalau kasanova lain, diorang setakat mengayat pompuan untuk setakat nak memuaskan nafsu diri sendiri.

Tapi Si Khalid Gagap ni lain. Dia tabur janji untuk dapatkan kuasa demi menambah kemewahan diri dia sendiri je.

Bila dah dapat, dia peduli apa dengan pihak yang kena tipu. Lagi pun dia boleh jawab, "siapa suruh diorang percaya cakap dia"!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping