Hah! Jangan salah orang pulak. Ini cerita bukan pasal budak yang tak lulus SRP, Si Mahfuz Bean tu ye. Tapi ini cerita pasal Mahfodz Johor.
Si Mahfodz Johor ni kata setiap ahli dalam PAS perlu menyokong dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura.
Ianya berikutan dengan desakan yang dibuat oleh beberapa pihak yang mendesak agar PAS menyatakan pendirian mereka terhadap tuntutan Si Biawak Guang Eng sebelum ini.
KUALA LUMPUR - Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam.
Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.
"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.
"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas.
Nah! Sekarang SH nak tanya satu soalan. Jika semua ahli PAS diarahkan supaya menyokong keputusan Majlis Syura, kenapa masih ada pihak yang dikenakan tindakan?
Sebelum ini, kit dah banyak kali lihat pemimpin - pemimpin PAS secara terang - terangan mengambil tindakan terhadap ahli yang berdemo membantah tuntutan Guang Eng.
Soalnya, kenapa mereka ini perlu dikenakan tindakan sedangkan mereka jugak menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura?
PAS sepatutnya menyokong tindakan pihak - pihak tersebut dan bukannya menghukum mereka. Ini tidak. Siap ada yang buat laporan Polis apa kejadahnya?
Kenyataan dari Mahfodz ini cukup jelas bahawa tuntutan yang dibuat oleh DAPigs itu adalah satu tuntutan yang tidak wajar. Maka sebab itu ada ahli yang bertindak membuat demo.
Demo pulak bukannya nak mendesak PAS tapi sebaliknya mendesak Si Biawak Guang Eng tu mintak maaf dan menarik semula tuntutan yang dibuat.
Adakah tindakan mereka itu salah? Adakah ianya membelakangkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura? Atau adakah pemimpin PAS lebih sayangkan undi dari nak menjaga kesucian Islam? Korang pikir la sendiri!!! - seterusnya...
cerita pkr/PAS/DAP bercakaran menjelang PRU adalah amalan biasa. Dia orang main-main saja untuk rakyat tenguk. Dalam kelambu politik dia orang berpeluk sayang.
BalasPadamitu sebab dulunya Hadi cakap main-main saja dengan Amanat Hadi yang sangat terkenal tu, tapi rakyat ambil dan pegang melampau-lampau sampai cerai berai dan bermusuh-musuh.
Sebenarnya dia orang semuanya CELAKA!!!
(Lebai kopiah hitam)
slm tuan,mohon pautkan blog saya perigitimur.blogspot.com di blog tuan...blog tuan dah pun dipaut diblog saya..tq
BalasPadam