Sekali lagi diulang. Ini bukan cerita pasal Si Budak yang kantoi SRP tu ye. Tapi ini cerita pasal Si Mahfodz Johor tu. Dan kes ni pun memang ada kaitan dengan dia.
Kalau di Pulau Pinang, Si Salleh Man tu tak mengaku kata ahli - ahli yang buat demo bantahan seperti ini adalah anak buah dia. Siap suruh PAS Pusat ambik tindakan.
Tapi di Terengganu lagi hebat. Siap buat laporan Polis, suruh Polis ambik tindakan terhadap ahli - ahli yang kononnya didakwa menyamar sebagai ahli PAS.
Jadi, memang kena sangat la kalau soalan ni ditujukan kepada Si Mahfodz Johor tu. Nak ke dia mengaku kata orang yang berdemo ni semuanya anak - anak buah dia?
Atau adakah dia jugak akan ikut jejak langkah rakan seperjuangan dia yang lain dan menafikan bahawa mereka ni semuanya ahli PAS semata - mata demi nak menjaga hati puak - puak DAPigs? Korang fikir la sendiri!!!
JOHOR BAHRU 16 Feb. - Sekumpulan 20 individu mendakwa diri mereka ahli Pas Bahagian Pasir Gudang hari ini mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan pemimpin pakatan pembangkang dari DAP dan PKR yang terus mempersoalkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.
Perhimpunan aman di pekarangan Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini berlangsung kira-kira 10 minit dengan para peserta membawa beberapa poster mengecam kepimpinan pakatan pembangkang.
Wakil kumpulan berkenaan, Abd. Razak Mansur melahirkan kekecewaan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil enggan menerima keputusan melarang penggunaan kalimah terbabit oleh orang bukan Islam.
"Pemimpin Pas tidak seharusnya mengikut rentak kepimpinan pembangkang yang lain tetapi perlu menghormati keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.
"Kami juga tidak ralat jika Pas membuat keputusan keluar daripada pakatan pembangkang ini yang jelas menunjukkan DAP dan PKR tidak hormat kita dan hanya memperkudakan kami sebagai petugas ketika pilihan raya," katanya kepada pemberita. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.