Pulak...? Aha! Di ketika Azlyn Massiela mendakwa Fizz Fairuz berbohong. Malah menegaskan dirinya tidak pernah bergelar isteri orang sepanjang hidup 26 tahun, muncul pula lelaki yang mendakwa suami kepada wanita ini yang mahu di kenali sebagai Ramli.
“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan,” ujar Ramli.
Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian adalah kerana merasa kesunyian akibat kurang di’beri perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu.
“Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz”
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” tambah Ramli yang turut mendakwa keluarga Azlyn Massiela tidak mengetahui tentang perkahwinan mereka.
Hah, bertambah putar belit kontroversi ini, kan? Tidak tahu lah siapa yang betul, siapa yang tak betul. Tapi yang pasti, sesiapa yang terlibat dalam 'drama' ini, mereka semua mendapat malu.
Kepada Fizz, sebagai seorang yang menjadi tumpun peminat pasti kontroversi ini tidak banyak sikit, buat peminat rasa benci pada anda. Kalau ya pun anda tak kisah dibenci, bukankah selama ini peminat antara tulang belakang dalam kejayaan karier anda?
Adalah lebih baik kalau hal sebegini diselesaikan dengan berbincang dengan cara yang lebih berhemah sesama mereka, bukan menjadikan media untuk 'menyampaikan mesej' sesama sendiri.
Ps: Alahai... kesian la pulak dengan minah tu ye. Rupanya dia ada masalah mental, lupa ingatan. Muda lagi pun dah lupa.
Selama ni, SH ingatkan, puak - puak Pakatan tu je ada sindrom Pelupa ni. Ingatkan diorang je yang ada masalah mental. Tu pasal la diorang hari - hari meroyan benda yang bukan - bukan!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.