"Saya tak cakap macam tu. Media UMNO sengaja putar belit kenyataan saya." |
Kemungkinan itulah ayat yang sedang difikirkan oleh Si Nik Aziz ni setelah kenyataan dia semalam dikecam hebat oleh rakyat secara keseluruhannya. (klik sini)
Apa yang diluahkan oleh Si Nik Aziz tu jelas satu penghinaan terhadap rakyat yang berpendapatan bawah RM 3000 sebulan tanpa mengira agama dan bangsa.
Dan, yang paling memalukan, kenyataan Si Nik Aziz tu jugak turut merangkumi ahli - ahli PAS dikawasan tempatan termasuk la Yang DiPertua Kawasan.
Tu belum kira Ketua - Ketua Pemuda PAS Cawangan yang turut menerima bantuan BR1M tu sebelum ni. Habis semua Si Nik Aziz tu kata diorang ni 'Haiwan' belaka.
Dan tidak lupa jugak dengan bekas - bekas ADUN yang juga turut menerima bantuan tu seperti mana yang disiarkan dalam akhbar hari tu.
Kiranya, siapa aje yang terima duit BR1M tu, maka Si Nik Aziz anggap diorang ni haiwan la belaka. Tu pasal la dia cakap macam tu.
Jadi, jangan pelik la kalau sehari dua ni nanti, Si Nik Aziz tu tampil dalam media Pro Pakatan dan kata yang kenyataan dia tu telah diputar belit oleh pihak media.
Kalau betul la kenyataan tu diputar belit atau disalah tafsir, dah tentu - tentu dia akan ambik tindakan. Adakah Si Nik Aziz tu akan berbuat demikian? Kita tunggu dan lihat.
Cuma SH nak tanya Si Nik Aziz ni satu soalan. Kalau rakyat yang terima BR1M tu dia ibaratkan sebagai 'Haiwan', macam mana pulak dengan Bekas ADUN dan Ahli Parlimen?
Adakah Si Nik Aziz tu lupa bahawa mereka jugak turut menerima duit pencen sebagai wakil rakyat dari Kerajaan? Jadi, halal pulak ke duit yang diorang ambik tu?
Dia nak kira macam mana pulak wakil - wakil rakyat dikalangan Pakatan pembangkang yang dok mentekedarah duit pencen tu sampai tak ingat dunia?
Satu nasihat SH buat Si Nik Aziz ni. Kot kalau dah tak mampu nak bagi keuntungan kepada rakyat, jangan la keluarkan kenyataan yang bukan - bukan. Penyudahnya, malu diri sendiri je. Bila dah malu, mula la nak salahkan orang lain. Kan nampak sangat BODOHnya tu!!!
len kali siapkn la transkrip sblm bg crmh...nnt xdela asik skrip same stmnt kne belit...
BalasPadam