Hah! Terkejut jugak bila SH dengar cerita ni tadi. Siapa pulak la pemimpin yang kantoi solat zuhur dua kali ni? Kenapa pulak dia boleh buat kesilapan macam tu?
Kisah ini diceritakan oleh salah seorang orang kuat pemimpin tu sendiri. Sebelum ni, pemimpin tu katanya pernah jadi wakil rakyat.
Kisah pasal solat zuhur dua kali ni pun masa dia masih lagi jadi wakil rakyat. Tapi sekarang ni dia dah masuk Pakatan Pembangkang dah.
Ceritanya, pemimpin tu pergi menziarah ke rumah Ketua Kampung. Kebetulan, dah masuk pulak waktu zuhur semasa pemimpin tu berada dirumah Ketua Kampung tu.
Jadi, nak tunjuk baik kat Ketua Kampung tu, pemimpin tu pun mintak la pinjam kain pelikat dan sejadah. Dia pun pergi la ke bilik air untuk ambik wudhuk.
Maka, tempat untuk dia bersolat pun dah disiapkan. Bersolat la pemimpin tu tadi dengan ketua Kampung bersama rombongannya.
Selesai solat, pemimpin tu pergi pulak ke rumah seorang Ketua Cawangan. Ketua Cawangan tu memang menunggu dia sejak dari tadi lagi.
Sampai je rumah Ketua Cawangan tu, pemimpin tersebut duduk sebentar. Ketua Cawangan tu tak tau la yang pemimpin tu dah solat zuhur atau belum.
Ketua Cawangan tu pun tengah bersiap - siap nak solat zuhur jugak. Bila tengok Ketua cawangan tu nak solat, pemimpin tu pun mintak kain pelikat, ambik wudhuk.
Dah dia solat sekali lagi dengan Ketua Cawangan tu pulak!!! Yang rombongan pemimpin tu pun tercengang - cengang tengok gelagat pemimpin tu.
Habis je pemimpin tu solat, salah seorang dari rombongan tu pun tegur, "Kenapa YB solat zuhur sampai dua kali?" Korang cuba teka apa yang pemimpin tu jawab balik?
Hah! Dia jawab, "Eh, ye ke? Kenapa pulak tak boleh? Salah ke solat zuhur sampai dua kali?" Pergh!!! Parah beb. Bab itu pun dia tak faham jugak ke?
Tak heran la kenapa pemimpin tu masuk Pakatan Pembangkang. Dan memang patut pun Pakatan ambik orang macam tu sebab buat malu kat orang je.
Korang bayang la. Sebab nak ambik hati punya pasal, sanggup pemimpin tu menipu secara terang - terangan. Tapi, kot ye pun kemaruk sangat nak menipu, jangan la dalam bab solat pun dia nak menipu jugak. Agak - agak la weih!!! - seterusnya...
:) siapa kata tak boleh solat fardhu lebih sekali? belajar fiqh solat fardhu dulu...dah belajar abis bab dibolehkan solat fardhu lebih sekali...baru la nak kondem orang...heish...
BalasPadamhak pertama tu wajib...hak kemudian tu jadi sunat...
Assalamualaikum,
BalasPadamBukan nk pihak mana2, saya UMNO tulen. Soal solat banyak kali x jadi masalah. Sbb kt tak tahu kualiti solat kita. Allah Maha Mengetahui, Allah yg pilih mana satu.
Huh??Ko belajar kitab fiqh mana fardu zohor 2 Kali??apa dalil ya?nama kitab?apa darjat status Hadith tu?Ko paham ka apa itu fardhu apa itu sunat?hak pertama tu mmg wajib..hak kedua jd sunat?apa dalilnya?dah terang2 dia ckp salah ker solat zohor dua kali??mmg salah la...nabi solat subuh zohor asar magrib dan insyak sekali jer kot....melaiankan disusuli sunat rawatib ada 2rakaat sebum dan selepas kecuali Asar .solar malam mmg 4rakaat 4 rakaat witir tiga Hadith shahih riwayat aishah....
BalasPadam